Header Ads

Chong Wei temu Lin Dan di separuh akhir Olimpik Rio

Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei akan berdepan musuh tradisinya Lin Dan dari China pada perlawanan perseorangan lelaki peringkat separuh akhir sukan Olimpik 2016.

Chong Wei mara ke separuh akhir setelah menewaskan lawannya dari Taiwan, Chou Tien-chen dalam perlawanan selama 42 minit itu.

Turun ke gelanggang dengan yakin sekali, Chong Wei tidak berdepan sebarang masalah menundukkan Tien-chen dengan straight set 21-9 dan 21-15.

Manakala Lin Dan pula terpaksa bekerja keras untuk menidakkan kemaraan pemain India, K. Srikanth yang berlarutan hingga ke set penentuan.

Biarpun mendahului pada set penentu, kesilapan demi kesilapan dilakukan K. Srikanth menyaksikan harapannya untuk menang dengan Lin Dan berkubur dan tewas 21-

Lin Dan adalah pemenang pingat emas dua Sukan Oimpik yang lalu iaitu di Beijing pada 2008 dan di London pada 2012.
Pertemuan Chong Wei dan Lin Dan dalam peringkat separuh akhir pada Jumaat.

Astro Arena
Dikuasakan oleh Blogger.