Header Ads

Dah 8 bulan, bila DAP mahu saman dakwaan terima dana Israel RM1.2 bilion?

Penasihat DAP, Lim Kit Siang didesak mengemukan saman bagi membuktikan partinya tidak pernah menerima dana RM1.2 bilion dari Israel untuk pilihan raya umum lalu seperti didedahkan bekas Pegawai Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali Abdul Rahman, lapor sebuah portal berita.

Menurut portal berita berkenaan, desakan tersebut semakin kuat setelah poster kenyataan Kit Siang awal tahun ini disebarkan melalui media sosial.

Kit Siang, Januari lalu, berjanji akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan Razali, namun setelah lebih lapan bulan, kepimpinan DAP dilihat masih membisu.

Tindakan kepimpinan parti tersebut yang terus menyepi menimbulkan tanda tanya dan seolah mengiyakan kenyataan Razali mengenai dana dari Israel itu.

Razali, bekas pegawai khas KM Pulau Pinang, mendedahkan bahawa parti DAP menerima USD 300 juta (RM1.2 bilion) dari kerajaan Israel secara bersyarat pada pilihan raya umum lalu, melalui kedutaan negara itu di Singapura.

AIDCNews
Dikuasakan oleh Blogger.