Header Ads

Huawei P9 memberi pengalaman jurugambar profesional dengan Leica Camera

Huawei, syarikat komunikasi dari China, merevolusikan pentas fotografi telefon pintar dengan menampilkan keupayaan kamera bertaraf dunia syarikat pengeluar kamera terkemuka Jerman, Leica Camera, dalam model terbaharu P9.

Menjanjikan pengalaman profesional fotografi, P9 dilengkapi dwi-kamera 12 megapiksel pada bahagian belakang dan kamera 8 megapiksel pada bahagian depan.

Kamera itu juga dilengkapi teknologi 'Hybrid Focus' bagi merakam imej yang bergerak dalam kelajuan tinggi, tepat dan lebih stabil.

Teknologi dwi-kamera P9 berupaya menerima cahaya 270 peratus lebih tinggi berbanding iPhone 6s dan 70 peratus lebih tinggi daripada Samsung Galaxy S7.

Ini membolehkan gambar yang diambil dengan lebih terang dan warna yang dihasilkan lebih tepat meskipun dalam pencahayaan yang malap.

Masalah 'noise' juga dapat dikurangkan, sekali gus menjadikan gambar yang diambil setaraf jurugambar profesional.

: Huawei, syarikat komunikasi dari China, merevolusikan pentas fotografi telefon pintar dengan menampilkan keupayaan kamera bertaraf dunia syarikat pengeluar kamera terkemuka Jerman, Leica Camera, dalam model terbaharu P9.

Menjanjikan pengalaman profesional fotografi, P9 dilengkapi dwi-kamera 12 megapiksel pada bahagian belakang dan kamera 8 megapiksel pada bahagian depan. Kamera itu juga dilengkapi teknologi 'Hybrid Focus' bagi merakam imej yang bergerak dalam kelajuan tinggi, tepat dan lebih stabil.

Teknologi dwi-kamera P9 berupaya menerima cahaya 270 peratus lebih tinggi berbanding iPhone 6s dan 70 peratus lebih tinggi daripada Samsung Galaxy S7.

Ini membolehkan gambar yang diambil dengan lebih terang dan warna yang dihasilkan lebih tepat meskipun dalam pencahayaan yang malap. Masalah 'noise' juga dapat dikurangkan, sekali gus menjadikan gambar yang diambil setaraf jurugambar profesional.

P9 memiliki sensor khusus untuk merakam gambar hitam-putih dengan lebih tepat dan jelas. P9 dilengkapi dwi-kamera 12 megapiksel pada bahagian belakang dan kamera 8 megapiksel pada bahagian depan.

Kamera P9 juga memiliki sensor khusus untuk merakam gambar hitam-putih dengan lebih tepat dan jelas.

Sensor 'monochrome' ini berperanan untuk mengekalkan warna gambar untuk kelihatan semula jadi dan membolehkan penangkapan cahaya tiga kali lebih banyak berbanding kamera biasa, sekali gus ini menjadikan kualiti gambar yang diambil lebih tepat dan jelas.

Produk yang dipertaruhkan dalam segmen pasaran sederhana ini hadir dengan skrin hadapan yang dilengkapi kaca 2.4D bagi memudahkan gerakan jari di atas skrin.

Sekilas pandang rekaan panel hadapan P9 adalah sama seperti Mate S dan Mate 8 dan yang membezakan ketiga-tiga peranti hanyalah saiz skrin.

P9 mempunyai paparan skrin 5.5 inci, lebih nipis berbanding telefon pintar lain di pasaran iaitu pada ukuran 6.95mm.

P9 dilengkapi dengan 3GB RAM dan 32 GB storan dalaman. Kuasa pemprosesnya dibekalkan CPU Huawei Kirin 955 64-bit dengan sistem operasi EMUI 4.1 berasaskan Android 6.0 Marchmallow.

P9 ditawarkan pada harga RM2,099 dengan tiga pilihan warna emas, kelabu, perak manakala P9 lite pula dijual pada harga RM1,099 dengan warna hitam, emas dan putih.

INFO Huawei P9
Harga: RM 1,009 - RM 2,099
Dimensi: 145 x 70.9 x 6.95mm
Berat: 144g
CPU: Huawei Kirin 955 (64-bit), Octa-core (4 x 2.5 GHz A72+ 4 x 1.8 GHz A53)
OS: Android 6.0
UI: EMUI 4.1
Memori: 32GB ROM, 3GB RAM/64GB ROM, 4GB RAM
Kamera: Dwi 12MP, 8MP (depan)
Bateri: 3000 mAh


BHarian
Dikuasakan oleh Blogger.