Header Ads

Lebih 60 NGO's lakar sejarah berhimpun dalam Kongres Rakyat Terengganu

Buat julung kalinya, lebih 60 NGO’s yang bergerak dalam pelbagai kluster dan mewakili pelbagai kelompok masyarakat berhimpun dalam Kongres Rakyat Terengganu bagi membincangkan dan mencari solusi terhadap isu-isu rakyat di negeri cantik budaya menarik ini.

Turut hadir pada pagi ini, Pengerusi Kongres Rakyat Nasional, Tuan Haji Azmi Abdul Hamid, Speaker Kongres Rakyat Nasional, Mustafa Kamil Ayub, Penasihat Kongres Rakyat YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, bekas EXCO Kerajaan Negeri Terengganu Dato’ Haji Mustafa Ali, Pengerusi Mapit, Dato Haji Hussain Awang yang juga merupakan bekas speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Kongres akan dikendalikan oleh Tuan Wan Zainudin Wan Musa selaku Speaker. Seorang peguam kanan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Peguam Terengganu yang pernah menjadi panel Penggubal Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu.

Kehadiran luar jangka dengan hadirin yang melimpah sehingga keluar dewan menggambarkan bagaimana keprihatinan rakyat Terengganu terhadap isu-isu rakyat walaupun pada hari ini juga PM bertamu di negeri Terengganu.

Buletin Online
Dikuasakan oleh Blogger.