Header Ads

Tiba masa rakyat Terengganu merdeka minda

Isu hak negeri Terengganu sebagai pengeluar petroleum sudah kita bangkitkan berkali kali secara konsisten bertahun tahun.

Soalnya rakyat Terengganu dan pemimpinnya punya ketegasan pendirian atau tidak di atas prinsip ini?

Atau masih punya penyakit inferiority complex atau rendah diri yang kronik.

Bangsa yg berjaya mereka perjuang hak mereka dan mencari cari jalan dan alasan untuk melakukkannya.

Bukannya berdolak dalih dan mencari helah untuk berlepas diri darinya. Mementingkan kepentingan peribadi mengatasi rakyat dan negeri.

Singapura pernah dilihat tidak punya peluang langsung dari segi hujahan dalam kes tuntutan Pulau Batu Putih. Kerajaan Malaysia pamerkan kepada rakyat ketika itu kononnya tuntutan Singapura tidak berasas.

Sekarang setelah keputusan mahkamah, apa standard dakwaan Malaysia kononnya kes kita kuat sangat? Bukan setakat mereka dapat pulau batu 'dua butir' itu. Ia datang
bersekali wilayah maritim dan Zon Ekonomi Eksklusif yang beratus batu nautika keluasannya.

Dalam kes saman Royalti Terengganu yg ditarik balik oleh pimpinan UMNO konon yg penting dapat 'pitih' . Tak kira lah namanya ehsan, dana khas pun (yang implikasinya sangat besar!). Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas yg mengetuai pasukan peguam yg mewakili Terengganu telah berucap ditempat awam mendedahkan saman itu telah berpihak kpd Terengganu di pusingan pertama hingga kerajaan Msia melambatkan proses selanjutnya yg dipercayai ada pujuk memujuk, lobi memperdaya yg tiba2 perlantikan Ahmad Said sbg MB baru dan penarikan tiba tiba saman royalti.

Ada beza antara royalti dan ehsan. Seperti mana ada bezanya peminta sedekah dengan rakan kongsi yang mempunyai hak. Begitulah bezanya konotasi antara 'merayu' dengan 'menuntut'.

Akhir akhir ini DS Ahmad Said sendiri mendedahkan Terengganu diperdaya oleh UMNO pusat.

Sampai bila Terengganu mahu terus jadi lebai malang?

Di ambang sambutan merdeka kita masih belum merdeka minda, berjiwa hamba.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
30HB OGOS 2016
Dikuasakan oleh Blogger.