Header Ads

Husam jaja nama Almarhum Tok Guru

Dato Husam Musa jaja nama Almarhum Tok Guru Nik Aziz dalam nak mempromosi parti Pan nya. Kemana beliau pergi dijualnya nama Almarhum

Tok Guru mahu ini Tok Guru mahu itu sedang Tok Guru sudah tiada bersama kita.

Seolah dia yang paling rapat. Seolah dia yang lebih tahu dan kenal hati dan pemikiran Tok Guru berbanding kita yang lain. Seolah dia anak emas Tok Guru.

Kalau begitu kenapa Tok Guru tidak lantik kononnya anak emasnya itu sebagai MB Kelantan menggantikannya selepas PRU13 lalu?

Selepas PRU13 itu Tok Guru masih Mursyidul Am dan Husam ketika itu Naib Presiden.

Kenapa Tok Guru tak pilih Husam kalau hebat sungguh beliau.

Kalau Husam boleh jaja nama Tok Guru saya pun mahu.

Tok Guru lihat Husam tak layak. Tok Guru lihat Kelantan mahukan ulamak juga menggantikannya. Ulamak yang jujur ulamak yang ikhlas ulamak yang istiqamah dalam perjuangan.

Tok Guru pilih Ustaz Dato Ahmad Yakub melangkau kepala Husam kerana Ustaz Mat lebih layak dan berwibawa. Dan mungkin kerana Tok Guru sudah nampak sesuatu.......

Ishhh saya tak baik jaja nama Tok Guru.

Kalau Husam boleh kenapa kita tidak boleh?

Semoga Allah swt menempatkan Almarhum Tok Guru Mursyidul Am kita di taman-taman syurga bersama mereka yang bertaqwa dan beramal soleh.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.