Header Ads

DAP serupa BN terpalit pelbagai skandal?

Kalau UMNO ada MB rasuah spt Khir Toyo, DAP pun ada Ketua Menteri yg diheret ke Mahkamah dengan fakta kes rasuah yg serupa.

Jika kita bercakap soal projek yg tidak telus dibuat oleh BN. DAP pun tidak telus dalam byk perkara dalam projek projek di Pulau Pinang.

BN yg memerintah negara dipersoalkan isu 1MDB dengan hutang berjumlah RM43 billion. Kos underwriting untuk pinjaman dikenakan oleh Goldman Sachs pada kadar tidak munasabah 10% berjumlah ratusan juta ringgit.

DAP yg memerintah Pulau Pinang pula sedang mahu melaksanakan Pelan Pengangkutan bernilai RM46Billion. Untuk terowong sahaja RM6.3 billion dengan kos juruperunding dilaporkan RM300 juta.

Yg bertenggek atas ehsan BN akan pertahankan segala2nya yg dibuat oleh BN.

Yg bertenggek atas ehsan DAP akan suci kan DAP, tiada yg salah dibuat DAP.

PAS sudah memerintah Kelantan lebih 20 tahun, belum sabit kes rasuah dan penyelewengan walau ditohmah macam2. PAS perintah terengganu dan Kedah. Juga bersih dari kes rasuah.

PAS melawan BN kerana BN berterusan membiarkan unsur yg merosakkan masyarakat dan negara yg menyalahi syariat berkembang. Maksiat, judi, arak, hiburan melampau.

DAP dan rakan mereka yg sealiran penganut sekular yg tegar mempromosikan penyakit yg sama konon atas nama kebebasan. Arak, Judi, kewujudan pusat maksiat. Kepentingan tokey tokey pedagang penyakit masyarakat ini, merekalah ke depan mempertahankan. Minta turunkan cukai arak. Mempromosi liberalisme, LGBT.

BN sejak era Mahathir memperkecilkan fungsi Institusi Raja sehingga ahli politik menjadi terlalu berkuasa. Sehingga suatu hari jika bukan melayu yg mengawal politik negara sama ada secara terus atau kawalan secara boneka seperti Nizar di Perak, Institusi Raja perlu ketegasan luarbiasa untuk tundukkan ahli politik.

Hari ini, DAP dan rakannya paling ke hadapan dalam menyanggah apa saja isu jika membabitkan Institusi Raja. Dari soal seperti perlantikan MB di Selangor, hatta Mahathir tak dijemput ke istana pun dimainkan media mereka.

Tradisi fitnah pemimpin demi kepentingan diri subur dlm BN. Sama rosaknya fitnah rakan rakan DAP menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor yg berusaha selesaikan pertikaian isu air Selangor demi rakyat.

PAS tak terikat dengan sesiapa. Tidak tertakluk ehsan sesiapa. Membuat pendirian berpaksikan prinsip Islam.

Oleh Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim
Dikuasakan oleh Blogger.