Header Ads

P Maniam dilantik ketua jurulatih Selangor musim 2017

Bekas ketua jurulatih kelab Liga FAM iaitu AirAsia Allstars FC pada musim 2016, P Maniam dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Gergasi Merah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2017.

Pengumuman perlantikan Maniam, 48, dibuat melalui laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Bola Sepak Selangor (FAS).

Laman FAS itu turut mengumumkan dua penolong jurulatih yang akan membantu Maniam iaitu bekas pemain Selangor, K Gunalan dan Noor Zaidi Rohmat.

Maniam yang juga bekas pemain Selangor pada era 1990-an memiliki lesen Pro Diploma Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu lesen kejurulatihan tertinggi Asia setaraf lesen Pro Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Beliau bukan nama asing kerana pernah menjadi penolong jurulatih skuad Selangor selama tujuh musim dari 2009 hingga 2015 di bawah beberapa jurulatih berpengalaman termasuk Irfan Bakti Abu Salim, Zainal Abidin Hassan serta K Devan.

Maniam juga pernah dilantik sebagai pengendali sementara Selangor ketika dua bekas jurulatih iaitu Devan dan Irfan Bakti meletak jawatan pada pertengahan saingan Piala Malaysia, masing-masing pada 2011 dan 2013.
Dikuasakan oleh Blogger.