Header Ads

PAN sebabkan rakyat Malaysia benci politik

Antara sebab orang bosan dengan politik adalah disebabkan wujud orang seperti Khalid Samad dan makhluk seumpamanya. Setiap benda mahu dipolitikkan. Dalam kepalanya semua politik.

Tersepak batu tengah jalan pun kata ini semua salah kerajaan. Kunci tertinggal pun salah kerajaan. Lewat punch card pun disumpahnya kerajaan.

Tak boleh ada kaitan langsung dengan kerajaan. Berselisih bahu terus kata UG. Berjabat salam dikata berpakat. Nak martabatkan Islam pun boleh diputar jadi isu politik. Sampaikan solat menghadap Kaabah yang sama dengan Umno pun bimbang, takut dituduh bersekongkol.

Akibatnya orang akan paranoid dengan politik. Mereka jadi bosan dengan budaya politik yang menyerang 24 jam sebegini. Bukan mahu cari solusi dengan cara yang jernih, tapi cari setiap kesalahan dan ratibnya sampai kiamat. Kalau orang kata politik itu kotor berhujahkan perangai politikus seperti ini, saya juga akan sokong. Ini memang mengotorkan politik!

Bila orang menjauhi politik, maka semakin sukarlah kita mahu mengislah negara melalui jalan politik. Ini kerana politik adalah mendapatkan pengaruh awam. Jika awam tidak peduli politik, punahlah politik.

Saya fikir Khalid Samad dah terlalu mabuk dengan candu demokrasi. Sejak dia dalam PAS lagi dia dah berperangai sebegitu. Bila keluar lagi teruk. Termakan sumpah laknat barangkali.

Dulu dia kritik pimpinan dan parti sendiri secara terbuka, walaupun jalan untuk berpandangan melalui konsep organisasi itu tersedia untuknya. Dia juga pernah tuduh orang melulu sampai disaman di mahkamah. Alasannya kerana hak individu untuk berpandangan dalam negara demokrasi. Inilah sebenarnya masalah demokrasi. Lupa peranan wahyu dalam mengatur sikap diri.

Sedarkah dia, Amerika yang digelar kiblat demokrasi sendiri adalah negara paling banyak mengguna kuasa veto membatalkan keputusan PBB. Setelah rakyat memilih Trump sebagai Presiden, kini mereka pula berusaha untuk mempengaruhi pemilih Presiden Amerika untuk tidak mengundi Trump dalam pemilihan sebenar 19 Disember ini. Penerima Anugerah Nobel keamanan dan juga dijolok dengan gelaran ikon demokrasi, Aung San Suu Kyi sendiri membisu isu penghapusan etnik di tanah airnya sendiri Burma.

Politik demokrasi dan di ambang kehancuran. Kerana itu PAS menganjur Budaya Politik Matang dan Sejahtera, sebagai peralihan kepada demokrasi yang semakin tenat. Kata John Adam, presiden kedua Amerika yang menulis sejak tahun 1814 lagi: “Democracy never lasts long. It soon wastes, exhausts and murders itself.”

Berpolitik bukan tak boleh, tapi bersederhanalah. Gunalah konsep wasatiyyah yang sering dicanang, bukan sekadar untuk menguatkan hujah liberalisme, pluralisme dan feminisme sahaja. Hidup ini bukan untuk politik sahaja.

Orang marah bila PAS menggunakan Islam bila berpolitik. Saya ingin tekankan, PAS bukan sekadar guna Islam untuk berpolitik, tapi PAS juga guna Islam untuk berekonomi, bersosial, beribadat dan semuanya. Tapi PAS tak guna politik untuk semuanya kerana politik bukan satu-satunya jalan PAS.

Pesan saya pada Khalid Samad dan sekutu, dalamilah Islam sedalamnya. Kenalilah Islam lebih dari anda kenal politik. Jangan kenali politik lebih dari kenal Islam.

#bpms
#InilahPenyelesaianKita

(Alang Ibn Shukrimun)

Telegram:
http://tinyurl.com/AlangIbnShukrimun
Facebook:
https://m.facebook.com/alangshukrimun/
Dikuasakan oleh Blogger.