Header Ads

56 peratus rakyat Amerika tidak yakin kemampuan Donald Trump

Sebanyak 56 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) tidak yakin Donald Trump dapat melaksanakan tugas presiden dengan baik.

Penemuan itu didedahkan melalui pungutan suara terkini minggu lepas oleh Gallup.

Kurang dari dua minggu sebelum Trump mengangkat sumpah secara rasmi, hanya 46 peratus rakyat Amerika optimis dengan kemampuan beliau untuk menangani krisis antarabangsa.

Pungutan suara Gallup itu dilakukan pada 7 hingga 11 Disember 2016 berdasar 1,028 orang responden dan perkiraan "margin error" kira-kira 4%.

Sebanyak 47 peratus menyatakan mereka yakin Trump dapat menggunakan kekuatan tentera secara bijaksana dan hanya 44 peratus yang percaya Trump dapat mencegah skandal utama dalam pentadbiran negara berkenaan.
Dikuasakan oleh Blogger.