Header Ads

Adun Sungai Air Tawar meninggal dunia

Adun Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik meninggal dunia di ruang rehat kediamannya di Jalan Haji Jabar, Sungai Air Tawar, pagi tadi.

Kematian Kamarol Zaki disedari Pembantu Khasnya, Saufaat Salimin dan Setiausaha Akhbarnya, Mohamad Fariq Roslan, 28, kira-kira jam 8.30 pagi.

Kamarol Zaki sepatutnya dijadualkan menghadiri Program Sedetik Bersamamu di Kampung Sungai Pulai dan Kampung Sekendi jam 8 pagi tadi.

Bagaimanapun, Kamarol Zaki tidak hadir di majlis itu, selain gagal dihubungi.

Sinar Harian difahamkan, Kamarol Zaki berada bersendirian di kediamannya itu.

Dua pegawainya yang ke kediamannya terpaksa mengumpil pintu belakang rumah sebelum menemui Kamarol Zaki dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri.

Jenazah mangsa menunggu pihak polis untuk dibawa Ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.

Punca sebenar kematiannya masih dalam siasatan polis.

sinar harian
Dikuasakan oleh Blogger.