Header Ads

Bekas Presiden Iran, Rafsanjani meninggal

Bekas Presiden Iran yang juga tokoh politik yang agak dominan pada era 1980-an, Ali Akbar Hashemi Rafsanjani meninggal dunia akibat serangan jantung pada Isnin.

Rafsanjani meninggal dunia pada usia 82 tahun, lapor BBC News.

Rafsanjani berkhidmat sebagai presiden Iran dalam tempoh 1989 hingga 1997. Kemudian beliau dikalahkan oleh Mahmoud Ahmadinejad selepas kembali bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada tahun 2005.

Walaupun dilihat sebagai sebahagian daripada tokoh agama, tetapi beliau juga dianggap sebagai seorang yang pragmatik konservatif mengikuti langkah-langkah yang boleh dibuka hubungan dengan Barat.

Kematian beliau disahkan oleh sebuah saluran televisyen di negara berkenaan.
Dikuasakan oleh Blogger.