Header Ads

[Gambar] 25 buah sekolah di Hulu Terengganu tutup hari ini

25 buah sekolah di Terengganu terpaksa ditutup hari ini akibat banjir melanda negeri Pantai Timur itu awal pagi semalam.

Hari pertama sesi persekolahan 2017 sepatutnya bermula hari ini, namun banjir yang melanda tiga daerah di negeri itu menyebabkan hampir 3,392 pelajar dan 490 guru terpaksa menangguhkan sesi awal persekolahan 2017.

Tiga daerah yang terlibat ialah Marang, Hulu Terengganu, dan Setiu.

Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin, Hulu Terengganu merupakan daerah paling teruk dilanda banjir apabila 22 buah sekolah iaitu 19 sekolah kebangsaan (SK) dan tiga sekolah menengah (SMK) terpaksa ditutup akibat banjir.

Katanya lagi, sekolah yang terlibat akan memulakan sesi persekolahan mereka apabila keadaan banjir pulih seperti biasa.

Dikuasakan oleh Blogger.