Header Ads

Portal Free Malaysia Today mengadu domba, fitnah PJ Selangor

Portal berita Free Malaysia Today (FMT) terus menerus mengadu domba dan menyebarkan fitnah. Di dalam laporannya yang terbaru, FMT mendakwa bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor telah menghadiri program Parti Pribumi semalam.

Ahli PAS Selangor disarankan untuk memboikot portal tersebut dan mendapatkan berita yang sahih di laman web PAS atau di Harakah.

PAS Selangor menafikan fitnah tersebut sekeras-kerasnya. Pesuruhjaya PAS Selangor menghadiri program parti sepanjang hari semalam dalam program bertemu rakyat.

FMT, dalam laporan-laporannya sebelum ini juga, banyak mengandungi fakta menyeleweng, berunsur fitnah dan mengadu domba. FMT mungkin menjalankan tugas sebagai lidah bagi pihak-pihak tertentu untuk menyerang Pesuruhjaya PAS dan PAS Selangor.

Ahli PAS Selangor disarankan untuk memboikot portal tersebut dan mendapatkan berita yang sahih di laman web PAS atau di Harakah.

Walaupun difitnah dan ditohmah, PAS Selangor yang dipimpin YB Iskandar Samad, selaku Pesuruhjaya, akan terus fokus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. PAS Selangor tidak akan terjerumus ke dalam politik murahan mana-mana pihak.

Bakti Untuk Semua

Mohd Prasad Hanif
Ketua Penerangan
PAS Selangor
Dikuasakan oleh Blogger.