Header Ads

Punca sebenar letupan Samsung Galaxy Note 7 bakal terbongkar

Samsung bakal mengumumkan punca sebenar mengapa Samsung Galaxy Note 7 meletup secara tiba-tiba sebelum peranti berkenaan ditarik balik jualannya pada Oktober lalu.

Menurut laporan Reuters yang dipetik dari Amanz.my, Samsung akan mengumumkan punca sebenar letupan berlaku ke atas Galaxy Note 7 walaupun pada awalnya Samsung memberitahu mereka akan mengumumkan akhir tahun lepas.

Lapor agensi berita itu lagi, menurut pihak yang tidak mahu dikenali berkata, punca sebenar berlakunya letupan pada peranti berkenaan adalah disebabkan daripada bateri. Akibat daripada kesilapan dalam penghasilan bateri menyebabkan ianya berlaku letupan.

Pada tarikh pengumuman punca letupan dibuat, pengeluar peranti terbesar dari Korea Selatan itu turut akan berkongsi langkah yang perlu diambil bagi mengelak daripada perkara yang sama berulang.
Dikuasakan oleh Blogger.