Header Ads

Artikel mengelirukan oleh portal Terengganu Times

ARTIKEL MENGELIRUKAN OLEH TERENGGANU TIMES

Saya diminta oleh sahabat2 yg memaklumkan 'riuh' dikalangan ramai konon saya tulis satu artikel yg bertajuk ' PAS SAHUT PERPADUAN UMNO - PAS' dalam media Terengganu Times.

Saya perlu maklumkan Terengganu Times, Ku Lihat Langit Biru dan banyak lagi digerakkan kumpulan yg sama yang banyak memasukkan elemen saraf dan pengubahsuaian/spin terutama terhadap pemimpin PAS. Kerana itu mereka tak boleh dipertanggungjawabkan. Tiada individu, tiada alamat, tiada entiti sah yg boleh dipegang buku. Sekalipun kita tahu mereka siapa, tapi tak boleh ditrace kepada mereka. Saya bukan pembaca media media ini dan tak sedar apa yang mereka tulis.

Berhubung dengan artikel tersebut, saya telah semak dan cari punca. Ia berkait satu artikel saya yg lain pada 22 November 2015 yg berjudul "Politik Baru PAS Mampu Satukan Ummah".

Artikel ini dimuatkan secara penuh dalam portal rasmi PAS dan juga masuk dalam Harakah pada tarikh 2015 berkenaan.

Isi kandungannya jelas termasuk diperenggan pertama lagi memaklumkan PAS memutuskan tiada kerjasama politik dengan UMNO. Itu pada November 2015, lebih setahun yang lalu.

Ternyata apa yang ditulis adalah benar. Pendekatan politik baru PAS yg terbuka, bersifat mendekati telah melonjak keahlian baru PAS. Telah membuka jalan kepada usaha bersama pelbagai parti politik dan ngo dalam soal kepentingan bersama umat Islam seperti isu rohingya dan memperkasa mahkamah syariah.

Dalam masa yg sama selepas dari itu Majlis Syura Ulama PAS, Badan Tertinggi dalam PAS, mengeluarkan keputusan melalui kenyataan penegasan bahawa tiada kerjasama politik dengan UMNO.

Artikel saya itu dengan jelas menyenaraikan kesalahan UMNO yg berpolitik secara yang salah hingga memecahbelahkan ummat dengan pelbagai tindakan yang zalim dan diskriminasi.

Kerana itu artikel ini menerima respon yang sangat baik dalam kesemua media rasmi PAS bila disiarkan penuh seperti mana asalnya.

Adapun artikel Terengganu Times, ia menyimpang jauh dengan cuba memomokkan seolah olah saya menulis mengajak perpaduan parti PAS dan UMNO yang mana itu tidak benar.

Saya sertakan cetakan skrin artikel asal saya dan apa ditulis Terengganu Times supaya jelas bagaimana ia menyimpang dan tersasar dari kandungan asal.

Malah saya yakin ramai yg memerhati pelbagai penulisan saya bersifat mendedahkan kepincangan UMNO. Tak masuk akal jika saya mahu PAS dan UMNO bersatu politik, saya pula tiap hari ajak rakyat tolak UMNO.

Saya ingin buat penegasan bahawa saya mendokong dan menyokong penuh keputusan Majlis Syura Ulama dan Presiden PAS bahawa PAS tidak akan ada kerjasama politik dengan parti UMNO. PAS mahu menggantikan UMNO memimpin negara dengan Islam memimpin.

Saya harap rakan rakan yg terheret kekeliruan ekoran mainan saraf UMNO ini supaya kongsikan kenyataan saya ini sebagai jawapan.

Terima kasih

Wassalam wrt Wb

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
31 Januari 2016
Dikuasakan oleh Blogger.