Header Ads

Husam 'bantu' PAS mudahkan urusan saman RM90 juta

RM90 juta: Saman PAS terhadap Sarawak Report dan Husam

Tuduhan bahawa PAS telah menerima dakwaan RM90 juta terus dihidupkan.

PAS telah menghantar surat notis kepada Sarawak Report, pihak pertama yang membuat tuduhan tersebut.

Namun, oleh kerana tindakan susulan terhadap Sarawak Report masih dalam proses, golongan anti-PAS membuat serangan berantai bahawa kelambatan itu bererti PAS tidak berani menyaman kerana tuduhan itu benar.

Apabila Datuk Husam Musa membangkitkan tuduhan bahawa PAS telah menerima dana RM90 juta daripada Umno, sekali lagi PAS terus membalas dengan menyatakan bahawa ia akan mengambil tindakan terhadap Husam seperti mana ia bertindak terhadap Sarawak Report.

Bagaimanapun, tindakan itu mendapat sindiran daripada Sarawak Report, yang menyatakan mereka masih menunggu surat saman daripada PAS.

Namun begitu, dalam keghairahan Sarawak Report menyindir PAS, ia telah ‘membantu’ PAS menceritakan mengapa saman terhadap Sarawak Report masih di dalam proses.

“Mereka harus menimbangkan semula untuk menfailkan kes saman di UK, yang boleh menelan duit berjuta ringgit, kerana ahli mereka akan bertanya di mana mereka mendapat duit itu,” tulis Sarawak Report semalam.

Rasanya itulah jawapannya mengapa kes saman PAS terhadap Sarawak Report masih tertangguh. Ini kerana PAS tidak mempunyai duit berjuta-juta seperti yang didakwa untuk menfailkan kes saman di UK yang bakal menelan belanja berjuta ringgit.

PAS bukannya risau mengenai apa yang perlu dicerita kepada ahlinya mengenai dananya, tapi di mana untuk mencari dana bagi memenuhi hasrat ahli untuk menfailkan saman.

Tapi situasi telah berubah hari ini kerana Husam telah mengulangi dakwaan RM90 juta itu di Malaysia dan bukannya di UK.

Malah setelah PAS menyatakan hasratnya untuk menyaman Husam, pemimpin Amanah itu tetap berpendirian teguh terhadap dakwaan itu.

Kos menyaman di UK mungkin berjuta ringgit, tapi kos menyaman Husam pastinya tidak.

Pendek kata, Husam telah membuka peluang kepada PAS untuk menjawab tuduhan Sarawak Report pada kos yang lebih murah.

Seperti Sarawak Report, Husam juga telah mencabar PAS untuk menyamannya. Dan hampir pasti, saman itu akan datang, yakni mukadimahnya untuk perang persepsi sebelum diakhiri dengan perang kebenaran.

Oleh Timmy Say
Dikuasakan oleh Blogger.