Header Ads

Kerana patriotik, PAS usulkan RUU355

Lim Kit Siang memperdaya masyarakat, dengan mendakwa PAS tidak patriotik kerana menolak pelawaannya utuk bekerjasama. Sungguh celupar si apek itu.

PAS juga sayang negara. Cuma PAS ada cara untuk pulihkan negara dari kleptokrasi. PAS pilih kaedah Islam. PAS guna wasilah RUU355 sebagai pembuka mata, bahawa sistem Islam adalah penyelesaiannya.

RUU355 langsung tak menguntungkan politik. Bahana bawa RUU355, PAS dituduh terima dedak Umno. Bahana RUU355, PAS terpaksa bergaduh dengan kawan lama. Bahana RUU355, ada pimpinan PAS lompat keluar.

Namun kerana negara yang perlukan solusi, PAS telan semua ancaman. PAS beriman, hanya Islam boleh selamatkan negara.

Yang aneh, DAP berlagak patriotik mahu selamatkan negara, tetapi bergabung dengan orang yang pernah musnahkan nama baik negara. Skandal BMF, Perwaja, Petronas, Proton semua itu juga adalah kleptokrasi. Malah Lim Kit Siang sendiri pernah menyerang orang yang bertanggungjawab atas skandal itu. Tapi entah kenapa, orang itu hari ini dianggap malaikat pula, qudus tanpa sebarang rekod buruk.

Kalau Kit Siang boleh kata PAS tidak patriotik kerana tidak mahu bersamanya, PAS juga boleh tuduh dia tidak patriotik kerana tidak mahu sokong RUU355 PAS. Malah dakwaan ini lebih tepat, kerana tindakan itu ibarat menghina peruntukan perlembagaan, dan keputusan mahkamah yang membenarkan RUU355 dibawa.

Layakkah orang begini bergelar rakyat Malaysia? Perjuangan siapa sebenarnya patriotik, perjuangan siapa sebenarnya plastik?

#DAPAntiIslam

Alang Ibn Shukrimun
Dikuasakan oleh Blogger.