Header Ads

Matlamat sebenar bukan mahu menumbangkan Umno tapi...

BMF, TUN M DAN PAS

Orang hari ini terkejut dengan pembongkaran salah laku Tun M isu BMF 30 tahun dulu. Tapi PAS dah lama siapkan dokumen ni, mendahului CIA sejak 1984 lagi. Ini adalah buku penerangan isu Bumiputra Malaysia Finance (BMF) yang pernah menggemparkan negara di awal zaman Tun M memerintah, yang turut melibatkan pembunuhan misteri juruauditnya.

Isu ni juga pernah dibangkitkan Lim Kit Siang dalam parlimen. Apa sekarang dosa itu dah dimaafkan kerana matlamat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan?

Ini yang sebenarnya membimbangkan Tun M. BMF hanya salah satu dari beribu sejarah salahlaku Tun M yang sedang ditutup. Sebab itu orang pertama menentang idea UG adalah Tun M sendiri, sampai terguling Pak Lah.

Ini kerana idea UG akan meletakkan semua parti berada dalam kerajaan. Institusi kehakiman ditadbir bersama. Pasti PAS akan heret isu-isu Tun M ke muka pengadilan.

Musuh sebenar Tun M adalah PAS. Walaupun tahu Umno tak akan berjaya jatuh selagi tak bersama PAS, dia tetap menolak PAS. Matlamat sebenar bukan untuk menumbangkan Umno, tapi menyelamatkan empayarnya dari diancam PAS yang tidak pernah berkompromi dengan penyelewengan.

Alang Ibn Shukrimun
https://m.facebook.com/alangshukrimun/
Dikuasakan oleh Blogger.