Header Ads

Menteri JPM akan hadir Himpunan 355 esok

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom antara pimpinan kerajaan BN yang akan turut menyertai Himpunan 355 di Padang Merbok, Sabtu ini.

Pengarah Himpunan 355, Nasrudin Hassan berkata, kehadiran Jamil ke himpunan itu nanti di atas kapasiti sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Buat masa ini Datuk Jamil Khir yang mengesahkan akan hadir pada himpunan itu. TPM mungkin ke Sarawak kerana PRK," kata Nasrudin.

Katanya, Jamil akan bersama-sama peserta himpunan bermula solat maghrib dan isyak berjemaah kemudian beliau dijadualkan akan turut menyampaikan tazkirah.

Menurut Nasrudin yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat, himpunan itu bukan anjuran PAS sebaliknya anjuran Sekretariat H355 yang terdiri daripada 10 NGO iaitu Iktihad, Kongres Rakyat, Majlis Profesor Muslim, Peguam Muslim dan Geng Ustaz.

"Jadi kita jemput semua. Saya sebagai pengarah himpunan kita jemput semua tidak perlu detail. Datanglah, ini bukan majlis walimah. Tidak perlu tanya parti dapat surat atau tidak, datang kerana hendak sokong RUU355.

"Tidak kira parti sebab penganjur daripada NGO ianya melibatkan semua, misalnya rakan daripada Umno pun datang kerana mereka duduk di dalam NGO. Kita tidak ambil kira parti," katanya apabila diajukan pertanyaan sama ada sekretariatnya turut mengundang parti-parti politik ke himpunan itu nanti.
Dikuasakan oleh Blogger.