Header Ads

Pesawat Netanyahu dihalang lalui ruang udara Indonesia

Bagi orang lain, penerbangan dari Singapura ke Sydney hanya mengambil masa tujuh jam atau lebih, tetapi tidak bagi Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, apabila penerbangannya terpaksa mengambil masa lebih 11 jam.

Memetik laporan The Washington Post, perkara itu berlaku kerana syarikat penerbangan yang membawa Netanhayu iaitu- El Al, syarikat penerbangan negara Israel - sengaja mengelakkan ruang udara Indonesia.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh FlightAware, penerbangan yang membawa pemimpin Israel itu terpaksa melencong luar biasa ketika melakukan penerbangan dari Singapura ke Australia.

Seperti diketahui umum, Indonesia mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia. Seperti negara majoriti Islam yang lain, negara ini tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel kerana konflik negara berkenaan dengan Palestin.

Dalam hal ini, difahamkan, Indonesia tidak memberikan El Al akses kepada ruang udara negaranya, sebelum ini kedua-dua negara telah dilaporkan secara tidak rasmi cuba mempertingkatkan hubungan diplomatik mereka pada 2012.

Walau bagaimanapun, apabila Netanyahu menggesa Indonesia untuk menormalkan hubungan diplomatik pada tahun lepas, kerajaan Indonesia berkata ia akan berbuat demikian hanya apabila rakyat Palestin diberikan sebuah negara merdeka.

sinar harian
Dikuasakan oleh Blogger.