Header Ads

Profesional istiqamah

Saya sungguh terharu dengan penganugerahan pangkat dalam Jabatan Amal Malaysia sebagai Mejar (Amal). Ucapan terima kasih kepada Lt. Jeneral (A) Mohd Nazree Mohd Aris Mohd Nazree dan Pengarah Kor Medik Brig Gen (Amal) Mohd Aidil Firdauz, kerana kepercayaan yang diberikan bagi penganugerahan pangkat ini.

InshaAllah tumpuan yang akan kita utamakan adalah memperkasakan lagi Kor Medik Amal dari sudut teori dan praktikal. Ini sesuai dengan matlamat penubuhan Kor Medik Amal itu sendiri yang bergerak ke arah yang lebih profesional. Saya melihat sendiri pasukan Kor Medik Amal yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi serta cekap dalam mengendalikan rawatan perubatan sempena Fastakim H60K dan Himpunan RUU355 yang lalu.

Gabung jalin tenaga dari doktor dan paramedik dalam Kor Medik Amal ini boleh dipertingkatkan lagi dalam program yang akan datang. Sesungguhnya Kor Medik Amal akan menjadi tulang belakang kepada Jabatan Amal Malaysia demi memartabatkan maruah Islam dalam negara ini.

"Amal kerana Allah"

Mejar (Amal) Dr Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli
20.2.2017
Balik Pulau, Penang
Dikuasakan oleh Blogger.