Header Ads

Wanita lahir bayi menyerupai katak

Seorang ibu di Zimbabwe, Precious Nyathi, telah melahirkan seorang bayi yang kelihatan seperti seekor katak. Wanita berasal dari kampung Gokwe itu dilaporkan mengandung selama lapan bulan sebelum melahirkan bayi berkenaan.

Suami wanita berkenaan, Nomore, kebingungan atas kejadian berkenaan.

"Saya bergegas pulang ke rumah dan terkejut apabila melihat "seekor katak" ... yang dilahirkan isteri saya. Di hospital, kakitangannya mengesahkan bahawa beliau (isterinya) yang melahirkannya dan mereka turut terkejut (kejadian berkenaan)," ujar Nomore.

Menurut laman web berita tempatan, The Herald, bayi berkenaan meninggal dunia di Hospital Daerah Gokwe walaupun telah menerima rawatan perubatan.

"Saya mengharapkan seorang anak dan ini yang "syurga" berikan kepada kami. Ia adalah peristiwa mengejutkan yang akan menghantui sepanjang hidup saya," kata Nyathi kepada pihak media.

Dipetik dari Daily Mail, pada Jumaat, pasangan yang masih kebingungan dengan kejadian itu telah membawa pulang bayi mereka untuk dapatkan nasihat dari ketua kampung berkenaan.

Menurut laporan, ketua kampung itu mengarahkan "bayi katak" itu untuk dibakar.

Pihak hospital mengesahkan bahawa Nyathi telah melahirkan bayi mirip dengan katak itu seperti yang diperkatakan orang ramai.

"Beliau adalah pesakit kami yang datang secara rutin bersama dengan ibu hamil lain," ujar pihak hospital.

"Kami terkejut ketika beliau mengunjungi hospital dengan ditemani suaminya dan beberapa jiran sambil mendakwa beliau telah melahirkan "seekor katak"," tambah pihak hospital.

Setakat ini belum ada penjelasan perubatan dengan kelahiran luar biasa itu. Ketua kampung Njelele berkata, pihak berkuasa hospital tidak dapat memberikan penjelasan sepatutnya atas kejadian aneh berkenaan.
Dikuasakan oleh Blogger.