Header Ads

Bukan sahaja Umno, Dap pun gerun dengan bendera PAS

Bendera PAS bukan sahaja digeruni Umno BN, kini menjadi giliran buat parti rasis Dap pula yang gerun dengan kain hijau yang dihiasi gambar bulan mengambang berwarna putih di tengahnya.

Peristiwa bersejarah yang kebiasaan dilakukan oleh kerajaan Umno BN itu dilaporkan berlaku di negeri Dap, Pulau Pinang.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS kawasan Bagan, Muhd Hafiz bin Ilyas, kejadian pihak berkuasa tempatan dikerah pihak tertentu untuk menurunkan bendera PAS usai mesyuarat kawasan berkenaan diadakan semalam.

Muhd Hafiz mendakwa bendera mereka diturunkan pihak berkuasa tempatan disebabkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan melalui kawasan berkenaan bagi menghadiri sebuah program di lokasi berhampiran.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Bagan memberitahu, berpuluh bendera PAS yang dinaikkan sebagai tanda arah ke mesyuarat agung tahunan ke-21 di Kampung Benggali namun ianya telah diturun berikutan arahan pihak tertentu yang gerun dengan PAS.

“Penaikan bendera PAS khas untuk perwakilan dan perasmi sebagai penanda bukannya provokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini dalam media sosial.

Sebelum itu, Muhd Hafiz telah memberitahu bahawa mesyuarat kawasan kebetulan diadakan pada tarikh yang sama dengan program yang dihadiri Guan Eng di Bagan.

Ketua Penerangan Pemuda PAS turut mempertikai mengapa penguatkuasa perlu dikerah untuk menurunkan bendera mereka.

"Persoalannya, kenapa dikerah pihak berkuasa agar menurunkan bendera sebelum program bersama ketua menteri bermula?

“Perbualan telefon pihak berkuasa dengan pihak atasan jelas kedengaran ini,” katanya.

Tambahnya lagi, kejadian ini jelas membuktikan DAP tidak ubah seperti Umno yang gerun dengan kebangkitan PAS dalam memperjuangkan Islam.

"Jelas bahawa Kerajaan Dap kini sama sahaja dengan UMNO/BN apabila melihat kepada kebangkitan PAS terutama Islam dihalang walau hanya semata-mata Kain Hijau berlambangkan Bulan Putih", tambah beliau.

Pas Bagan tidak menaruh dendam terhadap pihak berkuasa kerana mereka tahu tindakan berkenaan merupakan arahan pihak yang tidak senang dengan Pas dan Islam.

Bahkan, menurut Muhd Hafiz lagi, mereka berterima kasih kepada pihak berkuasa kerana berurusan dengan baik dan mengembalikan semula kesemua bendera mereka.
Dikuasakan oleh Blogger.