Header Ads

Terkini harga mingguan: RON95 turun 17 sen, RON97 turun 19 sen dan diesel turun 9 sen

Bermula 30 Mac (tengah malam ini), buat pertama kalinya harga bahan api ditetapkan secara mingguan.

Berikutan itu, berkuatkuasa jam 12 tengah malam nanti, harga bahan api diumumkan akan turun. Harga penurunan itu akan berkekalan sehingga 5 April melalui kaedah penetapan harga mingguan.

Berikut adalah harga terbaharu bahan api bermula 30 Mac hingga 5 April 2017:

  1. Petrol RON 95: Harga asal RM2.30 turun 17 sen, menjadi RM2.13.
  2. Petrol RON 97: Harga asal RM2.60 turun 19 sen, menjadi RM2.41.
  3. Diesel dan Diesel Euro 5: Harga asal RM2.20 dan RM2.30, turun hanya 9 sen, masing-masing menjadi RM2.11 dan RM2.21.

Harga baharu akan berkuatkuasa tengah malam ini dan dijangka kekal sehingga 5 April depan.

Sebelum kaedah penetapan baharu secara mingguan dibuat, harga bahan api di negara ini dibuat secara bulanan oleh kerajaan.
Dikuasakan oleh Blogger.