Header Ads

Bermula esok, harga Petrol naik 3 sen

Harga bahan api untuk minggu kedua perlaksaan harga siling mingguan kini telah pun diumumkan, menyaksikan sedikit peningkatan untuk petrol, dan sedikit penurunan untuk diesel.

Bagi kedua-dua jenis petrol, ia naik sebanyak 3 sen berbanding minggu lalu menjadikan Ron 95 dijual pada harga RM2.16 seliter dan Ron 97 berharga RM2.44 seliter. Manakala untuk diesel pula, ia turun 3 sen menjadikan harga jualannya RM2.08 seliter.

Mengikut kaedah baharu ini, harga yang ditetapkan kekal selama seminggu iaitu bermula tengah malam ini hingga 12 April 2017.

paultan.org
Dikuasakan oleh Blogger.