Header Ads

Perdana Menteri Nawaz Sharif dipecat

Mahkamah Agung Pakistan memutuskan untuk memecat Perdana Menteri Nawaz Sharif atas tuduhan rasuah berkaitan skandal Panama Papers, selepas terbongkarnya dokumen pemilikan harta yang diragui sumbernya daripada firma undang-undang Mossack Fonseca.

Keputusan Mahkamah Agung yang disiarkan pada Jumaat telah dikejutkan hasil pembongkaran dokumen-dokumen berkaitan yang turut mengheret puluhan nama ahli politik dan tokoh-tokoh penting antarabangsa berkait perniagaan haram di luar negara.

Sharif merupakan ketua kerajaan kedua yang kehilangan jawatan akibat skandal rasuah, selepas Perdana Menteri Iceland Sigmundur David Gunnlaugsson yang turut mengundurkan diri.

Skandal ini bukan pertama kali reputasi Sharif terpalit disebabkan tuduhan rasuah. Pertama kali beliau dilucut daripada jawatannya secara mengejut oleh presiden ketika itu, Ghulam Ishaq Khan, selepas tersebarnya banyak berita rasuah berkaitan perniagaan keluarganya.

Kali kedua jawatan beliau pernah dilucutkan pada 1997 melalui rampasan kuasa tentera. Namun beliau kembali memegang jawatan perdana menteri melalui pilihan raya pada tahun 2013.

Skandal terbaru, Sharif dilaporkan tidak kaitan secara langsung dalam urusan perniagaan yang dilapor dalam dokumen berkaitan, namun kekal terpalit dengan skandal berkaitan walaupun sepanjang perbicaraan di Mahkamah Agung, beliau berkeras tidak terlibat.

Pemilikan hartanah mewah anak-anak Sharif

Nama Sharif sendiri sebenarnya tidak dinyatakan dalam dokumen Panama Papers, bagaimanapun tiga daripada enam anaknya, Maryam Nawaz Sharif, Hasan Nawaz Sharif dan Hussain Nawaz Sharif secara jelas disebutkan telah membeli pelbagai hartanah mewah di London menggunakan syarikat-syarikat di luar negara.

Anak-anak beliau berdalih bahawa syarikat-syarikat tersebut ditubuhkan secara sah dengan wang halal, bagaimanapun alasan itu mendapat kritikan teruk daripada pengkritik.

Menurut laporan dari wartawan penyiasatan antarabangsa, International Consortium for Investigative Journalists (ICIJ), yang pertama kali menerbitkan Panama Papers pada awal 2016 setelah dilakukan penyiasatan selama setahun, tiga anak Sharif menerajui banyak syarikat yang memiliki banyak pangsapuri mewah di kawasan Park Lane, London.
Dikuasakan oleh Blogger.