Header Ads

Anak muda tekad rampas kembali kerusi parlimen daripada pengkhianat

Anak-anak muda di Tumpat perlu bekerja keras bagi mengambil semula kerusi Parlimen Tumpat yang dilarikan penyandangnya sekarang.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerusi milik PAS sekarang bertukar kepada PKR, selepas anggota parlimennya menyertai parti tersebut.

“Anak-anak muda perlu bekerja keras bagi mengembalikan kerusi tradisi PAS tersebut.

“Kita berharap program Karnival Anak Muda dan Ijtimak Muslimat menjadi gelombang kebangkitan anak-anak muda mempertahankan kerajaan Kelantan,” katanya Karnival Anak Muda Tumpat.

Program tersebut diadakan sempena sambutan 40 tahun Dewan Pemuda PAS Tumpat.

Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Penyelaras Dun Pengkalan Kubor, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat dan Ketua Pemuda PAS Tumpat, Mohd Hushaimi Hussian.

Abdul Fattah yang juga Adun Bukit Panau berkata, anak muda perlu turut memberi perhatian bagi misi merampas Dun Pengkalan Kubor pernah dimenangi PAS pada PRU 1999.

Sejak empat PRU lepas parlimen Tumpat diwakili Datuk Kamaruddin Jaffar yang menang atas tiket PAS. Bagaimanapun dua tahun lalu beliau menyertai PKR.
Dikuasakan oleh Blogger.