Header Ads

Dua terbunuh pesawat jatuh di pantai

Sebuah pesawat ringan dua penumpang jatuh di pantai ketika orang ramai sedang berjemur dan mandi di sebuah pantai di Portugal menyebabkan seorang lelaki dan seorang kanak-kanak terbunuh.

Menurut pihak berkuasa, insiden pesawat terjatuh itu berlaku di Pantai Sao Joao di Caparica, barat daya Lisbon.

"Seorang lelaki separuh umur dan seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia kerana tidak sempat mengelakkan pesawat berkenaan (ketika jatuh)," kata pegawai maritim seperti dipetik daripada BBC, hari ini.

Menurutnyalagi, dua penumpang pesawat berkenaan dilaporkan tidak tercedera.

Menurut seorang saksi yang menyaksikan kejadian, seperti dilaporkan media, pesawat berkenaan terbang rendah di atas pantai manakala pengunjung pantai berkenaan kelihatan beramai-ramai menyaksikan kejadian itu sebelum menyedari pesawat berkenaan akan jatuh.

"Saya berada berhampiran pantai ketika melihat pesawat. Saya menelefon ibu bapa sebelum pesawat berkenaan jatuh di pantai dan melanggar dua orang mangsa, menyebabkan mereka kecederaan teruk dan beberapa mangsa yang lain (namun saya tidak pasti). Kemudian (kelihatan) orang ramai melarikan diri," ujar saksi.

Laporan lain menyatakan mangsa yang terbunuh sedang berjemur ketika pesawat berkenaan terhempas.
Dikuasakan oleh Blogger.