Hampir separuh jemaah haji tiba di tanah suci
![]() |
Para Jemaah haji melapor diri di Kompleks Haji, Kelana Jaya. | foto fb Lembaga Tabung Haji |
Kira-kira 14,000 jemaah dilaporkan sudah pun tiba untuk menunaikan ibadah haji masing-masing 10,900 jemaah tiba di Madinah manakala bakinya di Mekah.
Menurut Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan), Nurrin Anuwar Shamsuddin, musim haji kali ini, 110 penerbangan disediakan bagi membawa 30,200 jemaah haji keseluruhan seperti yang ditetapkan jumlah koata rasmi dibenarkan untuk Malaysia.
Setakat semalam, sebanyak 29 penerbangan sudah tiba di Madinah manakala lapan penerbangan di Jedah menjadikan keseluruhan 37 penerbangan.
Post a Comment