Header Ads

Pasukan peguam siap siaga bantu PAS hadapi PRU-14

Pasukan peguam PAS seluruh negara bersiap siaga bagi menghadapi Pilihanraya (PRU) ke-14 bila-bila masa diadakan.

Baru-baru ini para peguam telah berhimpun di Hotel Holiday Villa, Kota Bharu, dalam Konferens Peguam Istiqamah 2017 sebagai persiapan menempuhi PRU-14.

Proses dan isu-isu pilihan raya menjadi fokus utama yang dibincangkan dengan serius oleh pasukan peguam PAS.

Program sehari suntuk ini menyajikan 4 kertas kerja berkaitan pilihan raya, dan diakhiri dengan simulasi pengundian.

Seramai 143 orang peguam yang hadir ini akan diletakkan di Parlimen dan Dun-dun yang akan PAS tandingi. Lebih separuh daripada peguam yang ada terdiri daripada peguam-peguam muda yang tetap memilih PAS sebagai wadah perjuangan.

Pada malamnya pula, majlis makan malam diteruskan bersama sesi dialog tertutup bersama kepimpinan tertinggi PAS. Konvensyen ini akan terus membakar semangat peguam yang istiqamah untuk membantu parti sepanjang pilihan raya nanti.
Dikuasakan oleh Blogger.