Header Ads

Rasmi diperkenal pemain PSG, Neymar nafi mahu lari dari bayangan Messi

Neymar diperkenal pemain PSG. | foto AFP
Penyerang asal Brazil, Neymar diperkenalkan sebagai pemain baru Paris Saint-Germain (PSG), pada Jumaat dengan memakai jersey lengkap PSG sambil melempar senyuman di hadapan ramai wartawan dan jurugambar.

Sehari sebelumnya, PSG mengumumkan Neymar akan meninggalkan Barcelona untuk menyertai PSG dengan nilai pemindahan memecah rekod dunia sebanyak 222 juta Euro.

Banyak tuduhan terutama daripada penyokong Barca yang kecewa ditujukan kepada Neymar. Bermula dari tuduhan Neymar "mata duitan" sehingga tuduhan tidak mahu dihantui bayang-bayang Lionel Messi.

Ketika ditanya soal alasan perpindahannya, pemain 25 tahun itu menjawabnya.

"Ia sebagai satu cita-cita, mereka (PSG) memiliki cita-cita yang sama dengan saya. Saya mahu sesuatu yang lebih besar, cabaran besar dan hati saya sudah membuat keputusan yang perlu saya ikuti. Itu (sebab) mengapa saya (berada) di sini. Saya mahu membantu kelab memenangi trofi, "jelasnya.

Soal tuduhan mahu lepas dari bayang-bayang Messi, Neymar menjawab, "Saya datang ke Paris demi untuk mencari cabaran baru. Ini bukan kerana saya tidak dapat menjadi bintang d Barcelona. Saya berasa sangat selesa di sana (Barca). Itu bukanlah alasan saya mencarinya di sini. PSG layak raih trofi dan saya akan memiliki trofi baru. Itu yang memberi motivasi kepada saya. Saya mahu bermimpi besar, "tambahnya.

Selama empat tahun di Barcelona, Neymar sudah menjaringkan 103 gol dalam 182 perlawanan di semua pertandingan.
Dikuasakan oleh Blogger.