Header Ads

Rembatan kencang Safawi Rasid lebih digeruni pemain Thailand

Pemain Thailand akui Safawi lebih berbahaya berbanding Thanabalan. | foto goal.com
“Saya tak bimbang dengan pemain nombor 12 Malaysia (N Thanabalan) kerana sebelum ini (Kelayakan Piala Konfederasi Bolasepak Asia bawah 23 tahun) kami mampu menyekat pergerakannya.”

Demikian nada keyakinan dilontarkan tonggak pertahanan kental Thailand, Worawut Namvech yang bersedia untuk menyekat penyerang negara, Thanabalan daripada mencetak nama selaku penjaring pada aksi final malam esok.

Ujar pemain kelab Sisaket FC di liga satu Thailand itu, aksi berdepan tuan rumah bukanlah sesuatu yang asing sebaliknya kedua-dua pasukan sudah bertembung beberapa kali dengan dia berjaya menggari Thanabalan.

“Kami sudah jumpa Malaysia banyak kali dan terbaru pada bulan lepas di mana kami berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 pada saingan kelayakan Piala AFC di Bangkok.

“Dalam aksi itu, pemain nombor 12 Malaysia turut bermain dan saya berjaya menghalang setiap pergerakannya.

“Saya sangat yakin dapat menjaganya sekali lagi walaupun dia amat popular ketika ini kerana menjaringkan banyak gol untuk Malaysia di Sukan SEA,” kata pemain kelahiran Phuket itu.

Jelasnya lagi, dia lebih gentar dengan kelincahan penyerang Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Safawi Rasid yang memiliki sepakan kencang selain skil individu menarik.

“Bagi saya pemain nombor 6 (Safawi) lebih berbahaya daripada nombor 12. Kami kena pastikan tiada sebarang percubaan dari pemain itu kerana rembatannya cukup merbahaya kepada kubu kami,” katanya.

Sumber hmetro.com.my
Dikuasakan oleh Blogger.