Header Ads

Rusia halau diplomat Amerika

Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu 755 diplomat Amerika Syarikat perlu segera meninggalkan Rusia dan memberikan amaran bahawa hubungan dua hala terus tegang dalam tempoh lebih panjang. Tindak balas keras itu berikutan sekatan yang dilaksanakan Washington.

Terdahulu, Kementerian Luar Negeri Rusia menuntut Washington mengurangkan jumlah pegawai diplomatik di Rusia menjadi 455 orang, jumlah yang sama dengan wakil Rusia di Amerika dan memberikan tempoh hingga September bagi melakukannya.

"Lebih daripada 1,000 orang bekerja dan masih bekerja di kedutaan Amerika, 755 orang perlu menghentikan aktiviti mereka di Rusia," kata Putin dalam temu bual dengan stesen televisyen Rossia-24.

Putin menambah bahawa pemulihan hubungan Rusia dengan Washington tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini.

"Kami sudah menunggu (pemulihan hubungan) cukup lama, (sambil) berharap situasi ini mungkin dapat berubah menjadi lebih baik," ujarnya.

Khamis lalu, Senat Amerika Syarikat secara majoriti mengesahkan Rancangan Undang-Undang untuk meningkatkan sekatan ke atas Rusia dengan tuduhan mencampuri pemilihan presiden AS pada 2016 dan juga milikan paksaan ke atas wilayah Crimea di Ukraine pada 2014.

Rang undang-undang sekatan itu turut mensasarkan Korea Utara dan Iran.

Rang undang-undang itu sudah dihantar ke Presiden Donald Trump, ketika beliau berjanji untuk memperbaiki hubungan dengan Rusia dalam kempen pilihanraya presiden.

Pada Jumaat, Moscow meminta AS mengurangkan jumlah diplomat menjadi 455 orang dan mengosongkan dua bangunan milik kedutaan AS, rumah musim panas di Mokswa dan gudang penyimpanan di bandar yang sama berkuatkuasa 1 Ogos.

Pada Disember 2016, Presiden Barack Obama mengarahkan 35 diplomat Rusia keluar dari AS dan menutup dua rumah musim panas milik Kedutaan Rusia kerana dianggap menjadi tempat kegiatan perisikan.
Dikuasakan oleh Blogger.