Header Ads

Skandal FIC: Isa Samad ditahan SPRM

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Behad FGV ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Beliau ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 2.40 petang untuk memberi keterangan berhubung pembelian dua hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) antara tahun 2014 dan 2015.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan itu.

Menurut Datuk Azam, penahanan itu adalah tindakan susulan hasil daripada keterangan yang dirakam oleh pasukan penyiasat berhubung pembelian hotel berkenaan sebelum ini.

Datuk Azam berkata SPRM yakin mempunyai asas yang kukuh untuk membuat penahanan itu supaya dapat membantu melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Pada 22 Jun lalu, Tan Sri Mohd Isa pernah dipanggil SPRM bagi memberi keterangan bersama isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd.

Terdahulu, bekas pembantu khas Mohd Isa, Muhammad Zahid Md Arip dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC, Mohd Zaid Abdul Jalil telah direman kerana kes berkaitan.

Menurut laporan media tempatan, FIC didakwa membeli sebuah hotel di Kengsington, London dengan harga terlampau tinggi, RM330 juta berbanding nilai sebenar dilaporkan hanya RM110 juta.

Selain itu, skandal pembelian sebuah hotel di Kuching turut terlibat apabila harga beli bernilai RM160 juta, dilaporkan lebih RM50 juta daripada nilai sebenar.
Dikuasakan oleh Blogger.