Header Ads

Ibadah Qurban: Naib Presiden PAN guna logik akal

Gambar hiasan.| foto by youtube
Saya baca status Naib Presiden PAN. Dia pakai logik akal, konon kalau Islam larang sembelih haiwan lain di hadapan sesama mereka, maka depan manusia lagilah tak boleh. Beliau mempertikaikan amalan viral upacara sembelihan.

Yang pertama, tujuan larang sembelih di hadapan haiwan lain adalah supaya tidak menakutkan mereka. Kerana kita dituntut menenangkan haiwan yang akan disembelih. Jangan buat mereka takut.

Kedua, Islam menuntut supaya penganut hadir melihat upacara penyembelihan. Sabda Rasulullah SAW:
"يا فاطمة قومي فاشهدي أضحيتك ، فإنه يغفر لك بكل قطرة من دمها كل ذنب عملتيه"
Wahai Fatimah! Bangunlah dan saksikanlah korbanmu. Sesungguhnya setiap titisan darahnya yang gugur mengampunkan setiap dosa yang kamu lakukan.

Bukan semua benda dalam Islam boleh pakai logik akal. Logik akal hanya digunakan untuk menjustifikasikan ketetapan syarak, ataupun menetapkan perkara yang tidak dijelaskan oleh syarak. Ia sama sekali tidak boleh menyalahi nas syarak.

Lagipun logik di akal manusia tak masing-masing tak sama. Bergantung tahap capaian akal. Hanya logik akal insan bertaraf mujtahid yang diambil kira dalam penentuan hukum.

Adapun soal memviralkannya, ada keperluan juga untuk diperhalusi. Cuma berhujah dengan qias dan logik akal menyamakan sembelih hadapan haiwan lain dengan viral di media sosial amat tidak cermat.

Setakat ini saya masih belum jumpa walau seekorpun lembu yang memiliki akaun facebook mahupun twitter. Jauh sekali wicet.

والله أعلم

Oleh: Marwan Shukrimun
Dikuasakan oleh Blogger.