Header Ads

Kerajaan Kelantan cadang penempatan baru masyarakat Cina

Sejak 1990 sehingga sekarang beberapa penempatan baharu diwujudkan kerajaan negeri di Gua Musang bagi menempatkan semula penduduk setinggan.

Antaranya Kampung Kundur dan Tanah Putih kini menjadi penempatan tersusun yang pesat membangun.

Penyelia Dun Galas, Ustaz Suhaimi Mat Deris berkata, kerajaan negeri juga bercadang membina penempatan baru kepada masyarakat Cina khususnya di Kampung Pulai.

Katanya, penempatan baru perlu dipertimbang memandangkan kampung yang ada sekarang agak sesak dengan jumlah penduduk semakin bertambah.

“Majlis Tindakan Dun Galas sedang mengenal pasti kawasan sesuai untuk dijadikan tapak penempatan baru tersebut.

"Ketika lawatan ke penempatan masyarakat Cina itu kami mendapati mereka tinggal sehingga tiga keluarga dalam sebuah rumah,” katanya di Gua Musang.

Menurutnya juga selain Kampung Pulai masyarakat Cina juga ramai tinggal di Taman Tropika, Taman Damai dan bandar lama Gua Musang.
Dikuasakan oleh Blogger.