Header Ads

PAS berhadapan dengan konspirasi anti Islam peringkat global

Selepas Sarawak Report membuka medan fitnah, kini Straits Times Singapore pula menyambung peranan. Ia suatu bukti nyata bagaimana PAS kini sedang berhadapan dengan konspirasi anti Islam peringkat global. Gerakan penentangan ini bukan lagi berkisar hanya di peringkat lokal. Puncanya jelas lantaran PAS dengan begitu tegas, teguh dan berprinsip memainkan peranan sebagai benteng Islam yang teguh bukan hanya di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa.

Nak jatuhkan Islam, maka benteng pertahanan mesti dilemahkan dan dirobohkan. Paling kurang mereka nak memburukkan persepsi PAS di khalayak antarabangsa dengan gambaran PAS sebagai sebuah parti yang dipimpin oleh kepimpinan yang rendah moral dan integriti. Parti makan dedak dan boleh dibeli dengan wang berjuta. Parti yang membuat pakatan sulit dengan Umno sambil menikam rakan sekutu dari belakang.

Paling penting, PAS mesti dipencilkan dan cahaya Islam yang diperjuangkannya mesti dipadamkam. Mereka terlupa cahaya Islam dari Allah sebagaimana cahaya matahari dan bulan dari Allah. Kalau mereka rasa mampu memadamkan cahaya matahari dan bulan, maka silakan padam cahaya Islam.

Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat
Dikuasakan oleh Blogger.