Header Ads

Hentikan menipu rakyat duhai pemimpin Pan & PH

Hentikan Menipu Rakyat

1. Pakatan Harapan telah menipu, memfitnah dan memanipulasi agar kelemahan mereka dapat ditutup. Rakyatlah yang menjadi mangsa ditipu hidup-hidup kerana kurang arif berkenaan prosedur dan tatacara perjalanan sidang Dewan.

2. PH menjaja cereka fitnah kononnya undian belah-bahagi berkenaan kenaikan kos sara hidup rakyat dan harga petrol.

3. Pengundian tersebut berkenaan bajet untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan beroperasi bagi tahun 2018.

4. Sekiranya benar kononnya pengundian tersebut adalah usaha PH untuk membela rakyat yang sengsara, mengapa pula mereka mahu menyembunyikan fakta bahawa 26 orang Ahli Parlimen PH gagal hadir pada malam itu?

Hakikatnya, strategi ops serang hendap undian belah-bahagi itu gagal kerana pemimpin PH sendiri.
Dikuasakan oleh Blogger.