Header Ads

Ramai MP Harapan kaki ponteng

Ramai MP PH Kaki Ponteng.

Riuh Dewan Rakyat semalam gara-gara kekalahan blok Pakatan Harapan (PH) dalam undian belah bahagi ketika proses meluluskan Bajet Peringkat Jawatankuasa KPDNKK semalam kepada blok kerajaan BN sebanyak 51–52 undi, dengan 2 MP mengundi berkecuali. Di sebabkan kekalahan itu, PH menuding jari kepada MP PAS.

Dalam jumlah 51 undi yang berpihak kepada PH, 5 daripada undi datang daripada MP PAS termasuk 1 daripada MP PAS yang ‘tidak PAS’, Mahfuz Omar. 5 MP PAS yang menyokong PH dalam pengundian tersebut kemungkinan ada alasan mereka sendiri manakala 2 MP PAS yang berkecuali sudah semestinya sama sikap mereka ketika berkecuali dalam pengundian Budget 2018.

Sebelum PH berteriak sakan menyalahkan orang lain termasuk yang berkecuali mahupun yang tidak hadir, mari kita lihat permasalah sebenar yang berlaku di kalangan MP PH sendiri iaitu ponteng sessi Dewan Rakyat terutama ketika pengundian.

Jumlah Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) = 71 orang.
PKR = 28 orang
DAP = 36 orang
PAN = 6 orang
PPBM = 1 orang
(Jumlah ini tidak termasuk MP PSM & Warisan)

Jumlah undi ketika undi belah bahagi = 51 undi
5 undi dari MP PAS + 1 MP PAS yang 'tidak PAS' = 6 undi
51 – 6 = 45 undi MP PH
Jumlah MP PH = 71 orang
71 MP PH (keseluruhan MP PH) – 45 MP PH (hadir mengundi) = 26 undi tiada

Bermakna 26 MP PH tidak hadir sidang parlimen. 26 MP tidak hadir sidang parlimen, satu jumlah yang cukup besar. Mengapa mereka tidak hadir sidang parlimen sedangkan ketika ini banyak proses meluluskan bajet perbekalan kementerian di jalankan? Tidakkah itu khianat kepada blok mereka sendiri dan juga pengundi?

Blok PH kalah berpunca dari MP mereka sendiri yang kaki ponteng. Mereka ada sindrom ketakutan untuk menyalahkan MP mereka yang tidak hadir di sebabkan pangkat mereka lebih besar atau takut tidak tercalon dalam PRU akan datang jika menyalahkan mereka?

Merekalah yang khianat kepada rakyat dengan ponteng sidang Parlimen terutamanya semasa pengundian. Inikah contoh MP yang akan bermati-matian berjuang untuk rakyat?

Patut di tanya, siapa 26 MP PH yang tidak hadir semasa pengundian semalam dan sebenarnya perkara ini memang sudah lama berlaku.

Oleh Syaiful Hizam
Dikuasakan oleh Blogger.