Header Ads

Akta GST ketika Muhyiddin masih Timb. PM

Faktanya, Akta GST diluluskan di Parlimen ketika Tan Sri Muhyiddin masih TPM. Parti Umno/BN yang dipimpin YB Pagoh ini yang undi menyokong. Generasi anak cucu kita yang baca sejarah lepas ini jangan lupa bahawa Ahli Parlimen BN yang sokong GST.

MP PAS yang lain jelas undi menentang Akta GST. Ini fakta. Sebab apa pula Tan Sri Muhyiddin jadi pening kata Presiden PAS sokong GST berdasarkan maklumat di media sosial sedangkan mereka berdua sama-sama ada di Parlimen?

Siapa kata PAS berkecuali dalam isu GST? Malah Dewan Ulama PAS Pusat dah mengeluarkan ketetapan bahawa cukai GST adalah haram menurut hukum syara'.

Kita bersyarah menjelaskan keburukan GST ke segenap ceruk negeri. Slide power point yang digunakan untuk penerangan GST ini masih saya simpan.

Tak pernah pun saya dengar orang kampung salahkan PAS kerana GST. Tapi ada pihak terlebih fakta yang selalu menunding jari kepada PAS. 1MDB salah PAS! GST pun salah PAS juga.

Tan Sri MP Pagoh dari keluarga orang beragama. Kita sama-sama bertaubat atas segala dosa kita dengan Allah. Tapi kesilapan parti Tan Sri dulu sokong semasa undian GST di Parlimen dan Tan Sri sendiri berucap sokong GST di merata tempat sehingga musibah GST ditanggung jutaan rakyat Malaysia nak kira macam mana? Perkara ini kita perlu fikir sebab kita semua pasti mati tanpa terkecuali.

Dr Azman Ibrahim
Dikuasakan oleh Blogger.