Header Ads

Apa sudah jadi dengan YB PAN Sepang?

Catatan Parlimen: Apa Sudah Jadi dengan YB PAN Sepang.?

1.Bagi sesiapa yang melihat siaran langsung perbahasan Parlimen petang tadi pasti berasa terkejut melihat gelagat Peguam-PAN Sekarang.

Pada asalnya, dia berbalah dengan YB BN-Baling.
Pertengkaran yang tidak berkesudahan itu melarat sehingga YB PAN Sepang mengungkap kata-kata berikut;
"Kalau saya Tuhan, dari awal saya tak jadikan kamu, menyusahkan orang saja.
Tapi, sebab saya tak Tuhan, Tuhan jadikan juga orang macam kamu supaya orang lain nampak inilah makhluk yang kita kena lawan.
kalau saya Tuhan, dah lama saya tak jadikan kamu, dah lama saya hapuskan"

2. Meremang bulu roma saya tatkala mendengar kata-kata sedemikian dikeluarkan oleh YB ini.
Kata-kata "kalau saya Tuhan" bukannya perkara yang boleh dibuat main-main, senda gurau, ia melibatkan hal akidah.
Mana mungkin kita menyamakan diri sendiri seperti Tuhan.

3. Tatkala Dewan semakin kecoh, YB PAS Kuala Nerus, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali bangkit menegur keterlanjuran kata-kata YB PAN Sepang.

Namun, apa hasilnya.?
Dia memperlekeh dan menyerang pula hal peribadi YB Kuala Nerus.
Bahkan, nama YB Marang juga turut diheret sekali.
YB PAN Sepang ini juga menuduh PAS sebagai penjual agama.

4. YB PAS Kuala Nerus tetap bertegas menegur dan mahu membacakan dalil Al Quran dan Hadis berkenaan larangan menggunakan perkataan "kalau saya Tuhan", namun YB PAN Sepang dengan angkuhnya menolak. Dia tetap berdegil mahu mempertahankan kata-katanya walaupun seruan Taubat kian jelas kedengaran di dalam Dewan.
YB PAN Shah Alam yang berada di sisinya seperti biasa menjadi teman setia membela dan mempertahankan apa yang dilafaz oleh sahabatnya itu.

5. Sungguh sedih melihat gelagat YB PAN Sepang ini.
Hanya dia sahaja yang pandai, expert law, alim, betul, mulia, orang lain semuanya hina dan tak layak untuk menegurnya. Hanya dia boleh kutuk, hina dan gelar orang lain macam-macam, tetapi orang lain tidak boleh.
Walaupun saya pernah digelar olehnya sebagai 'budak hingusan' tetapi saya tidak akan berhenti menegur kealpaannya supaya suatu hari nanti dia tersedar dan kembali ke pangkal jalan.

Hanya kepada Allah kita berserah untuk menilai segala pertuturan dan perlakuan kita.....

Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
29 Mac 2018
Dikuasakan oleh Blogger.