Header Ads

Kenapa harga kereta murah jika PAS menang PRU14

Kisah Si Rasyid Membeli Myvi

Harga pasaran Myvi ialah RM45,000.

Jadi, untuk membeli Myvi tersebut, Si Rasyid perlu membayar deposit 10% daripada harga belian tersebut.

Baki harga belian berjumlah RM40,500 itu Si Rasyid bayar secara ansuran kepada bank selama 9 tahun.

Dalam tempoh tersebut, Si Rasyid perlu membayar ansuran dengan kadar faedah keuntungan bank sebanyak 4.5%, menjadikan jumlah hutang bank yang akan dibayar ialah RM56920.50.

Jadi, kadar ansuran yang perlu Si Rasyid bayar ialah RM526.88 sebulan selama 9 tahun.

JIKA PAS MEMERINTAH, PAS akan memperkenalkan skim pinjaman secara Islam dengan konsep "qardhul hassan" iaitu pinjaman tanpa sebarang faedah.

Jadi, baki hutang yang perlu Rasyid bayar ialah RM40,500 sahaja, bukan lagi RM56920.50.

Dengan skim pinjaman baru ini, kadar ansuran yang perlu dibayar hanyalah RM375 sahaja setiap bulan!

Apabila komitmen bulanan menjadi kurang, maka Rasyid mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi!

Apabila PAS MENANG dan dilaksanakan kelak, Rasyid dan seluruh anak muda Malaysia mempunyai kuasa beli yang tinggi sekaligus merancakkan ekonomi negara.

Si Rasyid berazam untuk mengundi PAS dalam pilihanraya kali ini.

Jadilah seperti Si Rasyid, undilah PAS!
Dikuasakan oleh Blogger.