Header Ads

Parlimen rasmi dibubarkan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Parlimen dibubarkan bermula 7 April bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau memaklumkan demikian pada siaran Pengumuman Khas Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra, Presint 1, Putrajaya semalam yang disiarkan secara langsung di RTM1.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan juga menteri-menteri Kabinet.

Beliau memaklumkan telah mengadap Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad ke-V dan menyembah watikah memohon perkenan supaya Parlimen ke-13 dibubar pada 7 April.

Sehubungan itu, beliau juga meminta semua ketua menteri dan menteri besar menghadap ketua negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum Dun dan parlimen dapat diselaras di seluruh negara.
Dikuasakan oleh Blogger.