Header Ads

Hangat! Jawapan untuk orang atas pagar

(EDISI HANGAT!!!)
MENJAWAB PERSOALAN FAVOURITE ORANG ATAS PAGAR MENJELANG PRU 14
.

Dari ratusan message yang saya cuba balas, saya ringkaskan soalan-soalan favourite yang kerap ditanya. Harap ia membantu golongan atas pagar.
.

BENARKAH PAS BERGABUNG DENGAN BN?
.

Zikir UG atau gabungan PAS-BN sudah berjalan bertahun-tahun. Ini adalah tidak benar. Buktinya 100% tiada penggabungan berlaku apabila tamat penamaan calon, PAS bertanding atas logo sendiri dan berlawan disemua kerusi ditandingi UMNO. Tiada penggabungan. Full stop.
.

BENARKAH BN MEMPERKUATKAN PAS UNTUK MEMPEROLEH KELEBIHAN DALAM PRU14
.

Ini tuduhan yang tidak masuk akal. BN terutamanya UMNO berkongsi "pool of votes" yang sama dengan PAS iaitu dari orang Melayu Islam. Memperkuatkan PAS bermakna mereka akan menyebabkan PAS memperoleh lebih undi dari kolam yang sama dan undi yang bakal mereka perolehi akan berkurangan. Ini formula tidak masuk akal. Full stop.
.

BENARKAH WALAUPUN PAS MENANG, BN AKAN TERUS MENTADBIR?
.

Ini harus merujuk kepada kenyataan PAS. Presiden telah membuat pengumuman, sekiranya PAS menang 112 kerusi, PAS akan mentadbir secara sendirian. Namun sekiranya PAS berjaya mendapatkan 40 kerusi atau jumlah yang baik sedangkan parlimen tergantung, maka PAS menjadi Kingmaker. PAS boleh menerima tawaran gabungan baik dari BN atau PH dengan syarat mereka menerima Islam dan syarat yang dikenakan PAS. Sekiranya mereka tidak menerima dan dijangka mereka bergabung, PAS akan terus menjadi pembangkang seperti biasa.
.

PAS PERNAH DITIPU BN, TIDAKKAH SYARAT PAS NANTI BERISIKO DITIPU BN LAGI?
.

Apabila kerajaan tergantung ia bermaksud mereka tidak mempunyai majoriti. BN atau PH memerlukan penggabungan untuk membentuk kerajaan. Andai BN atau PH menawarkan penggabungan, mereka tidak boleh sembarangan menipu PAS atau mereka berisiko hilang majoriti untuk mengekalkan kuasa mentadbir. Dalam keadaan ini, risiko ditipu sangat rendah. We have to play by number.
.

Harus diingat PAS pernah bergabung sekali dengan UMNO tetapi juga pernah bergabung berkali-kali dengan DAP. Risiko ditipu dan dikhianati DAP lebih tinggi berbanding UMNO jika mengikut track record.
.

BENARKAH PAS BOLEH MENJADI KINGMAKER?
.

Diatas kertas benar PAS boleh menjadi Kingmaker. Jumlah kerusi ditandingi dan culaan menunjukkan PAS mampu beroleh sekurang-kurang 18% dari kerusi parlimen. Ia jumlah yang kuat untuk menjadi Kingmaker.
.

Namun off record masih ada Kingmaker yang lain. DAP pernah membuat kenyataan melalui LKS tentang kesediaan membentuk kerajaan perpaduan. PPBM adalah UMNO 2.0, juga boleh menjadi kingmaker. PKR juga tidak kurang dengan track record lompat parti pada pilihanraya yang lalu. Semua ini adalah Kingmaker dibalik tabir yang tidak diumumkan dan hanya boleh dilihat pada malam 9 Mei 2018.
.

Sekurang-kurangnya anda boleh melihat dengan clear PAS umum mereka Kingmaker. Kingmaker behind the scene sebenarnya yang perlu anda risaukan.
.

BENARKAH PAS AMBIL DUIT UMNO?
.

Terlalu banyak tuduhan PAS ambil duit UMNO. Dari puluhan ribu sampailah ratusan juta. PAS telah menjalankan satu saman ke atas Sarawak Report dan setelah 2 pusingan, SR telah diarah membayar kos kepada PAS.Mereka kalah dengan semua bukti yang ada telah ditolak.
.

Dalam kes Sarawak Report, tidak ada satupun bukti yang dikaitkan dengan Rafizi dan Husam selaku pakar bukti di Pakatan Harapan. Barangkali inilah waktunya mempersoalkan juara cerita dedak iaitu Rafizi, Husam dan yang terbaru saudara Mahfuz untuk memberi penjelasan mengapa bukti mereka tidak sampai ke mahkamah London?
.

Ini adalah kerana, pusingan kedua kes saman Sarawak Report ini adalah peluang keemasan untuk PH diambang PRU14 membuktikan bahawa mereka dipihak yang benar, dan PAS dipihak yang salah, seterusnya meyakinkan rakyat untuk mengundi mereka. Amat mustahil jika mereka tidak memanfaatkan peluang ini tapi hakikatnya tiada peluang kerana bukti-bukti itu tidak wujud.
.

Pada waktu ini beban soalan diatas harus dijawab oleh penuduh. Tanya mereka kenapa bukti mereka ditolak mahkamah.
.

KENAPA PAS SAMAN SATU SAHAJA TAK SAMAN SEMUA?
.

Saman seperti ini tidak sama seperti saman parking. Ia memerlukan kos yang tinggi, komitmen masa dan kerjasama semua pihak. Apatah diambang PRU14, PAS yang dikenali parti miskin mampu meneruskan saman Sarawak Report yang kini sudah menelan belanja melebihi 400k namun wang yang ada harus dimanfaatkan untuk pilihanraya terlebih dahulu. Biro guaman PAS telah memberi kenyataan akan meneruskan saman selepas PRU14. Saman yang satu ini pun kita dah score 5-0.
.

Harus juga diingat, DAP menghadapi tuduhan yang lebih berat dari PAS dengan jumlah tuduhan 1.2 bilion dari Israel dan beberapa tuduhan berat lain. Mereka telah membuat kenyataan untuk saman namun sudah lebih 2 tahun, tiada sebarang usaha dilakukan malah mereka mendiamkan diri dari respon dalam isu ini. Sebagaimana PAS ditekan, DAP juga harus ditekan rakan koalisi lain dari PKR, PAN dan PPBM kerana ia tuduhan berkaitan Israel dan CIA.
.

UNDI PAS SAMA SEPERTI UNDI BN
.

Sekiranya anda membaca penerangan diatas, dimanakah logiknya undi PAS sama seperti undi BN? Yang pasti faktanya undi PAS bermakna melawan BN.
.

Kita boleh berkata UNDI PH sama seperti UNDI BN. Ini kerana apabila berlaku kerajaan tergantung, ada 3 Kingmaker tersembunyi yg berada didalam PH.
.

DAP dan PKR mempunyai track record ahlinya lompat parti dan jatuhnya kerajaan negeri yang sepatutnya ditadbir pembangkang. PPBM adalah UMNO 2.0. Siapa yang boleh memberi jaminan mereka ini tidak akan lompat parti sekiranya ditawarkan jutaan ringgit oleh BN? Antara semua parti dalam PH, PPBM adalah yang dilihat paling mudah lompat parti berbanding lain. Seawal penubuhannya sahaja begitu banyak kejadian lompat melompat serta U turn dikalangan ahli parti dan kepimpinan utamanya.
.

KENAPA NIK OMAR MEMILIH PKR BERBANDING PAS? KENAPA PAS TIDAK MENCALONKAN NIK OMAR?
.

Soalan ini sebenarnya harus ditanya kepada tuan punya diri. Walaubagaimanapun, kita boleh membuat sedikit kupasan dan keputusan Nik Omar menyertai PKR.
.

Beliau adalah individu yang sinonim dengan JIM ataupun IKRAM iaitu sebuah NGO yang mana anda boleh melihat majoriti orangnya kini berada didalam PAN. Sungguhpun beliau pernah berkata akan terus menyokong PAS dan tidak engkar arahan bonda, akhirnya beliau merubah pendirian saat akhir mengengkari kata-katanya sendiri.
.

Lagipun, Nik Omar tidak mempunyai mileage politik seperti Nik Abduh dan kepimpinan PAS Kelantan yang lain. Beliau juga tidak aktif berpolitik. Malah beliau dilarang berpolitik oleh ATGNA sewaktu hayatnya dan digesa fokus dalam bidang kemahirannya. Jadi tiada isu mengapa tidak melantik beliau menjadi calon kerana beliau sebenarnya hanya ahli biasa dan bukannya politician berpengalaman.
.

KEMUNDURAN KELANTAN ADALAH BUKTI PAS TIDAK MAMPU MEMERINTAH BERBANDING PH YANG MEMAJUKAN PULAUPINANG DAN SELANGOR
.

Ini satu comparison yang tidak akademik. Pertama sekali Kelantan tidak mundur namun tidak dinafikan kemauan pembangunan di Pulau Pinang dan Selangor lebih baik. Namun harus diingat Kelantan ditadbir oleh PAS sekian lama dan semua orang tahu sekatan dan penafian budget yang dikenakan keatas Kelantan sekian lama. Terengganu juga berlaku apabila PAS memerintah dalam satu penggal dan apabila BN memerintah semula, sekatan itu ditarik. Semua orang PH tahu soal ini. Namun Kelantan tidak tersenarai didalam senarai negeri termiskin di Malaysia.
.

Harus difahami kemajuan pembangunan disesebuah negeri amat dipengaruhi oleh faktor Geografi dan Infra. Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak mengalami permasalahan Geografi. Dari segi Infra, Kelantan hanya peroleh lebuhraya pada 2015. Sabah dan Sarawak masih struggle dibawah BN untuk memperoleh sistem jalanraya lebuhraya yang penting dalam menjana kerancakan ekonomi negeri. Namun kita tidak boleh menafikan aktiviti Kelantan adalah amat baik. Buktinya ada 47 penerbangan ke Kelantan setiap hari iaitu setiap 20 minit berbanding hanya beberapa penerbangan seminggu ke Melaka dan Terengganu.
.

Harus juga diingat, apa yang ada di Pulau Pinang dan Selangor bukan hasil tangan Pakatan Rakyat sepenuhnya. Kedua negeri ini mendapat budget yang cukup setiap tahun dari pusat semasa bawah perintahan BN dan mempunyai infrastruktur asas yang sangat mencukupi. Kerajaan pembangkang yang mentadbir sekarang meneruskan legasi pembangunan dan menambaik tanpa sekatan dan dianaktirikan kerajaan pusat sehebat negeri Kelantan.
.

Selain itu, banjir di Kelantan berbeza dengan banjir di Pulau Pinang. Banjir di Kelantan adalah natural disaster. Namun di negeri kaya seperti Pulau Pinang, banjir kilat adalah dari kerakusan manusia menjarah alam atas nama penbangunan serta mengganggu ekologi dan keseimbangan alam.
.

PAS NAK BUANG GST DAN TIDAK KUTIP DUIT DARI RAKYAT. INI TAK MASUK AKAL.
.

PAS mahu menghapuskan GST malah tidak mahu SST diperkenalkan semula. Namun untuk melakukan ini PAS memperkenal 2 jenis cukai untuk menampal balik kehilangan RM45 bilion yang dikutip kerajaan melalui perintahan BN.
.

Pertama adalah cukai simpanan korporat yang dijangka mampu mengutip RM14 bilion setahun. Kedua atas cukai keatas keuntungan hasil saham di Bursa saham Malaysia yang mencecah tidak kurang 1.5 trillion setahun. Dari sini RM37 bilion mampu dikutip. Keseluruhannya kerajaan akan mampu mengutip RM51 bilion melebihi kutipan GST sebanyak RM45 bilion dan rakyat lagi dikenakan GST atau SST.
.

PAS SEPERTI TIADA HALATUJU DAN PERANCANGAN JELAS MEMERINTAH NEGARA
.

Barangkali anda belum benar-benar membaca Dokumen Hijau, WINS 2051 dan Manifesto. Sekiranya benar mahu tahu mendalam tentang perancangan PAS sehingga 2051, semua dokumen ini harus dirujuk.
.

MENGAPA PAS TIDAK MENERUSKAN LEGASI ATGNA?
.

PAS sebenarnya masih meneruskan legasi ATGNA. Harus difahami apakah sebenarnya legasi politik ATGNA. ATGNA pernah berkata kalau UMNO buat Islam, kita tutup PAS. Legasi TGNA sebenarnya adalah ajaran Islam.
.

Andai kerana Nik Omar memilih PKR dijadikan asas menuduh PAS tidak meneruskan legasi TGNA, 9 orang anak TGNA masih bersama PAS. Harus diingat, Nik Adli pernah ditahan ISA dan beliau masih bersama PAS.
.

Andai terkeluar PR dan putus tahalluf bersama DAP dijadikan asas menuduh tidak meneruskan legasi ATGNA, PAS pernah putus tahalluf bersama DAP sewaktu hayat ATGNA. DAP meninggalkan Barisan Alternatif pada waktu itu dan PAS masih setia bersama PKR.
.

MENGAPA PAS TINGGALKAN PAKATAN RAKYAT? ATGNA TELAH PENAT BERUSAHA MENGGABUNGKAN PEMBANGKANG
.

PAS tidak pernah meninggalkan Pakatan Rakyat. PAS hanya memutuskan tahalluf bersama DAP. DAP yang membuat pengumuman bahawa PR telah terkubur dan PAS masih membuat hubungan politik bersama PKR. Namun PAS tidak boleh berbuat apa-apa apabila PKR memutuskan untuk bersama DAP membentuk Pakatan Harapan dan terpaksa bersendiri. Lebih sedih, berlakunya perpecahan dan terbentuknya PAN.
.

Seharusnya ditanya kepada PKR mengapa mereka tidak meneruskan legasi ATGNA yg dibuat pada zaman Barisan Alternatif dahulu? Tanya DAP sekiranya polisi Islam PAS dijadikan isu sewaktu keluar dari Barisan Alternatif, mengapa masih bersama PAS didalam PR? Malah pernah sanggup berkempen menyokong hudud. Jangan nafikan perkara ini sehinggalah DAP menjadi parti yang paling byk memiliki kerusi parlimen dalam Pakatan Rakyat, tiba-tiba taringnya keluar.
.

PAS pernah bergabung dengan banyak parti melalui BN, APU, BA dan PR. Pada PRU14, PAS masih bergabung dengan BERJASA dan IKATAN. Selagi mana parti-parti yang nak bergabung dengan PAS menghormati prinsip perjuangan parti, PAS menerima kerana itulah ajaran Islam. Ada yang mungkin khianati tetapi itu diserahkan kepada Allah dan ini juga ajaran Islam supaya kita bertawakkal.
.

WALLAHUALAM
.

Kredit: El-Haneef Renae
Kredit gambar: profesional istiqamah
.

NOTA: Nak tahu apa manifesto PAS dan dasar yang akan diperkenalkan oleh PAS jika diizinkan Allah untuk memerintah Malaysia nanti ? Kami kongsikan link PDF untuk anda download dan baca (https://bit.ly/2HBCbcu). Dengan klik ini, anda akan dapat beberapa penjelasan berkenaan:

1. Manifesto Malaysia Sejahtera

2. Dokumen Hijau (Gagasan PAS dalam menyelesaikan permasalahan ekonomi negara)

3. WINS (Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051)

4. BPMS ( Budaya Politik Matang dan Sejahtera)

5. Kerajaan Teknokrat (Idea kerajaan Teknokrat menggagaskan agar Kabinet Menteri dianggotai oleh Menteri yang pakar dan arif dalam bidangnya. Tidak semestinya datang daripada ahli parlimen yang memenangi Pilihan Raya)

6. Pendirian PAS terhadap 1MDB

7. Usaha PAS dalam RUU 355

8. Pendirian PAS berkenaan GST
.

AYUH SAMA-SAMA KITA SHARE UNTUK BANTU KAWAN-KAWAN YANG MASIH TERCARI-CARI SIAPA YANG PERLU DIUNDI DALAM PRU 14 INI
Dikuasakan oleh Blogger.