Header Ads

Kenapa saya akan undi PAS - Imam Muda Fakhrul

*KENAPA SAYA AKAN UNDI PAS??*
Oleh : Imam Muda Fakhrul

Saya jarang berkempen dalam group ini.. Hanya sekali ni saja..Maaf ya

Alhamdulillah... sejak layak mengundi sehingga sekarang saya akan Undi PAS.

Saya mengundi bukan semata-mata nak menumbangkan UMNO BN yang jelas menzalimi rakyat. Tetapi lebih utama kerana tidak bersungguh melaksanakan Islam secara syumul..

Oleh kerana matlamat perlaksanaan Islam secara syumul itu juga tidak akan terlaksana jika bersama PH. *Malah akan menguatkan lagi fahaman-fahaman songsang yang lain seperti Kekufuran, Liberal, sekular, LGBT, pluralisme agama dan lain-lain*. Maka saya akan terus juga menentang PH.

Saya mengundi bukan untuk menjatuhkan BN semata-mata tetapi untuk mengangkat Islam pada tempatnya melalui wasilah PAS. Wadah yang lain saya tidak nampak serius ke arah itu kerana hujah mereka hanya “demi kepentingan rakyat”.

Tentang manifesto dan janji kebaikan untuk rakyat, saya yakin semua parti akan berusaha untuk membuat yang terbaik untuk rakyat. *Tetapi apabila bertembung kepentingan rakyat dan kepentingan agama. Maka saya memilih untuk mendahulukan agama dari rakyat*. Kerana saya yakin jika kita mengutamakan kepentingan agama. Kepentingan rakyat, negara dan bangsa akan terjaga. Jika kita mengutamakan kepentingan rakyat, belum tentu agama dan rakyat akan terbela. Itulah yang Rasulullah ajar kita melalui wahyuNya..

Walaupun ditakdirkan PAS tidak menang walau satu kerusi pun, saya tetap akan berbangga dengan keputusan saya kerana bukan itu tujuan utama saya hidup dan saya telah berperanan sedaya upaya.. Alhamdulillah.

Itulah yang saya akan jawab penuh yakin dihadapan Allah nanti... InsyaAllah.

*Saya mengajak teman-teman yang saya kasihi untuk bersama mengundi PAS*. Membuat perubahan bukan dengan PAS tetapi dengan pendekatan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. *PAS bukan agama tetapi PAS adalah wasilah terbaik dalam pelbagai pilihan yang ada dalam memperjuangkan agama*.

*Saya mengundi PAS bukan atas faktor peribadi Tuan Guru Hj Abdul Hadi, calon PAS dan sebagainya* kerana saya sedar bukan semua orang PAS baik dan bukan semua orang BN & PH itu tidak baik. *Tetapi kerana dasarnya yang sentiasa istiqamah dalam keanjalan pendekatan yang sentiasa dibawa*.. Islam yang adil untuk semua. Kepada orang Islam dan bukan Islam.. Selagimana PAS bersama dasar ini saya akan terus memperjuangkannya..

Siru ala barakatillah. Berbahagialah dengan pilihan masing-masing. Semoga cantik jawapan kita dihadapan Allah..

*Dengan nama ALLAH kita mengundi*

*Saya Muslim dan saya undi PAS.*

Al Faqir
*Imam Muda Fakhrul*

Temanmu di dalam Islam yang sentiasa menginginkan kebaikan untukmu..

#UP
#MALAYSIASEJAHTERA
#UNDILAHPAS
Dikuasakan oleh Blogger.