Header Ads

PKR mahu guna wang rakyat Selangor untuk program parti mereka?

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa pemecatannya sebagai Menteri Besar empat tahun lalu dibuat ekoran kegagalannya untuk akur kepada arahan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan wang milik rakyat Selangor untuk program PKR.

Bekas Bendahari Agung PKR itu mendakwa, Anwar telah meminta duit milik rakyat Selangor itu untuk melaksanakan program parti.

"Bagaimanapun saya enggan mengikut kemahuannya, saya berkeras tidak mahu serahkan wang itu memandangkan ia bukan wang parti sebaliknya ia hak rakyat Selangor.

"Tindakan saya mempertahankan hak rakyat menyebabkan beliau dan kepimpinan PKR marahkan saya, mereka turut mempersoalkan bagaimana hendak menang Pilihanraya jika tiada duit?," jelasnya di hadapan lebih 300 penduduk Selat Klang.

Beliau memberi penjelasan itu semasa program Teh Tarik untuk Selat Klang "Anda tanya kami jawab" di Dataran Balai Raya Kampung Sungai Sireh Tambahan, Selat Klang, di sini malam tadi.

Hadir sama, calon Pas Ahli Parlimen Kapar, Dr Abdul Rani Osman; calon Pas Dun Selat Klang, Dr Halimah Ali dan Pegawai Khas kepada Tan Sri Abdul Khalid, Faekah Husin.

Pada masa sama, Abdul Khalid berkata, dia turut memberitahu Anwar bahawa kalau rakyat percaya kepada PKR, mereka tetap akan memilih parti itu.

"Berulang kali saya beritahu tindakan mereka itu tidak betul dan tidak lama kemudiannya saya dipecat sebagai Menteri Besar.

"Tidak mengapa, selepas pemecatan itu saya berasa senang hati kerana saya tidak perlu lagi menjaga amanah rakyat.

"Disebabkan itu hingga ke hari ini, bila saya pergi ke mana-mana sahaja saya bersalam dengan rakyat Selangor dengan hati yang tenang sebab saya tidak tipu mereka dan saya tidak ambil duit mereka," katanya.

Pada 9 Ogos 2014 lalu, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu serta merta.

Pengumuman tersebut diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong di Ibu Pejabat PKR.

#YaAllahMenangkanPAS
#UndiPAS

Sumber: Pas Selangor
Dikuasakan oleh Blogger.