Header Ads

Tun Mahathir belum berubah

Siapa Yang Menipu dan Siapa Yang Tertipu.?

Dalam setiap ciri ceramah Tun Mahathir, PAS pasti menjadi sasaran serangannya.

Dia menuduh PAS menipu rakyat dengan menggunakan agama.
Sebenarnya, tuduhan Tun M terhadap PAS ini bukanlah tuduhan baru.

Ia hanya pengulangan skrip lama. Sejak dia di dalam UMNO sehinggalah sudah keluar UMNO, PAS tetap menjadi sasaran fitnah jahatnya.

Kalau benar PH mahu lawan BN, mengapa setiap hari menyerang PAS?

Kalau benar Tun M sudah berubah, mengapa serangan terhadap PAS masih sama seperti dia di dalam UMNO dahulu?

Kalau benar PH kata sejarah lama Tun M usah diungkit kerana sudah berlalu, mengapa isu Amanat Haji Hadi tahun 1981 masih menjadi modal ceramah tahun 2018.?

Kalau benar Tun M tidak memperguna agama, mengapa dia sewenangnya mengkafirkan dan memunafikkan Presiden PAS.?
Kalau benar Tun M tidak menunggang agama, mengapa baru sekarang dia sibuk mahu buat siri Jelajah Kubur pemimpin PAS.?

Hakikatnya, Tun M tidak pernah berubah.Yang berubah ialah pemimpin dan penyokong PH yang kini menjulang tinggi Tun M.
Mereka tidak sedar yang mereka sedang tertipu kerana sudah taksub dan memaksumkan Tun M.

Hanya PAS sahaja gagal ditipu oleh Tun M kerana kami bukan mudah lupa siapa dia Tun M.?
Dikuasakan oleh Blogger.