Header Ads

Malaysiakini masih tidak berubah, tetap dengan berita fitnah selepas PRU14

PEMBERITAAN MALAYSIAKINI YANG BERNIAT JAHAT!

Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Ramadan Mubarak!

MalaysiaKini menggunakan tajuk “Manifesto: PAS minta rakyat sabar”. Ini cara pemberitaan persepsi yang berniat jahat oleh MalaysiaKini, media yang dari dulu hingga kini sering tidak berlaku adil kepada PAS. Cara pemberitaan sebegini samalah seperti RM257 Juta dinyatakan sebagai suku Billion untuk mencipta persepsi!

Cuba tonton sendiri video temuramah bersama Presiden PAS YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH). Tontonlah berulang kali dan anda akan dapati tiada sepatahpun TGHH sebut “Rakyat sabar". Pihak yang menyebut rakyat sabar tersebut ialah wartawan yang bertanya. Tonton video tersebut di sini: https://www.kinitv.com/video/62062O74.

Beginilah propaganda Malaysiakini untuk membuat agar TGHH dipandang negatif dan menjustifikasikan kegagalan master politik mereka menunaikan janji. Begitulah modus operandi mereka dalam pembunuhan karakter (character assassination) terhadap Presiden PAS yang dijalankan secara halus. Sinar Harian pula ambil berita Malaysiakini bulat-bulat lalu dijadikan berita mereka.

TGHH sebut Manifesto PAS di Kelantan dan Terengganu tetap akan dilaksanakan. Ada Manifesto yang perlu disegerakan dan ada perkara yang perlu tunggu masa. Ini kerana Janji Manifesto PAS tiada menyebut jangka masa pelaksanaan 100 hari atau seumpamanya, asalkan ia dilaksanakan dalam masa mandat diberikan rakyat iaitu 5 tahun mendatang.

Ini berbeza dengan Pakatan Harapan yang menjanjikan secara spesifik 10 Janji 100 Hari dan 60 Janji menjelang 5 tahun mendatang. Nampaknya kini sebahagian besar 10 Janji 100 Hari tersebut terpaksa ditangguhkan pelaksanaannya selepas 100 hari atas pelbagai alasan!

Boleh dapatkan Manifesto Pakatan Harapan di sini: https://goo.gl/kFMeuB. Jangan marahkan rakyat yang mempersoalkan Janji Pakatan Harapan kerana seolah-olah janji dulu baru kaji. Harapan rakyat menggunung. Janji bulan dan bintang, maka rakyat mengharap segera siang!

Apapun, saya positif semua pihak sama ada Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri-Negeri sama ada di bawah PAS, PH atau BN akan berusaha mensejahterakan rakyat dengan menunaikan Janji Manifesto. Jangan sampai momokan Janji Dicapati yang dulu sering dilaung kepada Kerajaan terdahulu diwarisi Kerajaan hari ini!

Bersama membina #MalaysiaSejahtera, Kelantan #MembangunBersamaIslam dan Terengganu #MajuBerkatSejahtera!

FB: Muhtar Suhaili As-Sarawaki.
Dikuasakan oleh Blogger.