Header Ads

RM4.24 billion pelaburan ke Terengganu

Kerajaan Terengganu berjaya memperolehi pelaburan asing dan tempatan sebanyak RM4.24 billion sehingga suku tahun pertama tahun ini.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, berdasarkan kepada sumber daripada pihak ‘Malaysia Investment Development Authority’ (MIDA), sebanyak tujuh pelabur membuat pelaburan di negeri ini termasuk empat pelabur dengan pelaburan berjumlah RM73.12 juta dibawa masuk ke negeri itu sepanjang tahun lalu.

“Rekod pelaburan diukur berdasarkan kelulusan lesen pengilang yang dikeluarkan oleh pihak MIDA, ” katanya ketika menjawab soalan bertulis Ustaz Haji Hishamuddin Abdul Karim di Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke 14 di Kuala Terengganu pada 3 Julai lalu.

Dr. Ahmad Samsuri berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM37.51 juta adalah pelaburan tempatan manakala pelaburan asing berjumlah RM35.62 juta.

“Sebanyak tiga pelaburan diperolehi sepanjang Januari hingga Mac tahun ini melibatkan pelaburan asing berjumlah, RM4.16 Billion,” kata beliau.
Dikuasakan oleh Blogger.